Sunday, 16 October 2011

Kalau Kau Ulat Buku, Aku Pulak Ular Buku.




*tak leh blah bila update blog mesti gambar aku  besar gedabak*

Assalamualaikum w.b.t. Setelah beberapa hari menyepi. Kini aku datang lagi untuk mengepost kisah hidup aku. Entri kali ni aku nak ulas kejadian hari semalam. Best ke tak terpulanglah. Yang penting bagi aku ia sangat awesome!

Pagi bangun pukul 6.30 am. Set alarm jam 5.45 am. Alarm kat handphone nak berbunyi dengan tak nak berbunyi macam sama banyak. So memang tetiap pagi bangun sendiri. Tak boleh harap kat alarm sangat.  Lepas solat Subuh bergegas ke padang kawad untuk jogging sampai pukul 8 am. Jogging bersama Mimi, Adila, dan Mijea. Aku 10 round. Diorang 4 round ja. -__-“

Balik bilik tersadai kat katil keringkan peluh. Tweeting. Then gosok gigi. Cuci muka. Shave. Mandi. Berus badan dengan span. Mandi. Syampu rambut. Mandi. Bersiap untuk breakfast.

Pukul 9 am bertolak ke pasar tani MAEPS. Makan nasi kerabu. Minum air oren sunquick. Beli kerepek. Makan keropok lekor yang Mimi beli. Rembat air oren Mijea. Air aku awal-awal dah habis. Rembat kuih yang Adila beli.


*Welcome to PASARINA.*  


*Yang kat belakang lagi panjang*

Bergerak ke bookfair di Dewan MAEPS. Tak ingat dewan apa. Parking sangat jauh dengan bangunan. Jalan kaki. Panas. Harap tak hitam legam cam M****. Sampai kat bookfair. Nak masuk kena beratur. Barisan panjang giler. Jumpa si Steff. Panggil nama dia kuat giler. Dia tak dengar. Dia pekak kot. Then laung kuat lagi. Semua orang tengok aku. Dia pun tengok. Syukur dia dah tak pekak.

Bila dah masuk, wowww. Banyak giler buku. Semua buku English. Buku apa kau nak, macam semua ada. Murah. Baru. Best selling. Novel kebanyakannya RM8.00. Aku rembat 3. Rambang mata nak pilih novel mana yang nak. Banyak section. Antaranya, history, bibliography, puzzle, fiction, general, romance, young adult, children, etc.

Sesak. Ada yang hilang anak. Ada yang hilang laki. Siap buat announcement.  Kami hilang kawan. Hilang duit tu memang banyak. Done with the books.

Bergegas ke Bukit Ekspo. Ada pesta konvo dan ekspo pertanian. Jalan-jalan. Rayau-rayau. Buang masa. Beli air milo dua kali sebab sangat best dan kawww.  Rembat keropok lekor Mimi sekali lagi. Pukul 2.30pm pulang ke bilik masing-masing. Landing atas katil jap. Mandi. Solat. Tweet. Study sampai Asar. Solat. Baca novel atas katil. Habis chapter 1. SLEEP. Terbaek.

Ok. Itu je. Bye.



7 comments:

  1. 3 novel je u beli?ok nampak sngat la i over kan...beli banyak2..kak dila muke mmg la cun!

    ReplyDelete
  2. "the invicible iron man" <--yg tu aku nampak dulu :P




    luv,
    cik ana

    ReplyDelete
  3. mana kisah boot u-mobile tu....

    ReplyDelete
  4. mmg panjang kena beratur...dah mcm gi mengundi hukhukhuk

    ReplyDelete
  5. jualan gudang dah habis. nasib baik aku datang awal. Boleh lesapkan beberapa buku yang aku suka. Memang murah. Hampir Rm400 gak aku habiskan. Last day lagi ar. Sesak giler!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    http://izhamwong.blogspot.com/2011/10/jualan-buku-terbesar-di-dunia.html

    Untuk maklumat tambahan.

    ReplyDelete