Sunday, 2 October 2011

Blueberry Cheese Cake ni Aku Yang Buat


Selamat Ulangtahun kelahiran yang ke satu tahun (agaknya). Semoga Arissa dapat menjadi anak yang solehah dan dapat memberi sinar kebahagiaan kepada famili tercinta. Tak mau sakit-sakit lagi. Be a strong gurl yer. 

Ok, Dah habis wish. Moga 20 tahun lagi dia boleh baca post ni. Ni anak buah aku yang ke 20++ ( ke berapa entah!!?!). Anak buah aku dah ramai. Anak kandung je aku tak dak lagi. Aceli aku baru ja tahu besday dia hari Jumaat yang lepas. :) . Aku ni tak up to date sangat bab-bab tarikh ni. Tak yah la nak test besday Rita Rudaini sekalipun. Aku tak ingat jugak. -____-"

So minggu ni aku balik rumah akak aku yang kat Shah Alam. Ada dua kakak di sini. Dua-dua rumah aku pergi. Satu rumah satu malam. Majlis besday buat hari ni (Ahad 2/10/2011). Menu majlis adalah Nasi Dagang dan Blueberry Cheese Cake. OK, kat sini aku nak buat annoucement. Blueberry Cheese cake ni AKU YANG BUAT. :)


Nampak tak aku buat dengan begitu gigih itu?? Resepi dari akak aku. Aku hanya mengikut arahan dengan tepat dan pantas. Level membuat kek tiba-tiba dah sampai ke tahap 85/100 (??!?). Ohsem tak gambar aku yang dihiasi buih-buih cinta tu??? Kah kah kahhh... Abaikan segala bakul kain, mesin basuh, tin biskut segala tuh.



Last sekali... Taraa... Kek dah siap. So abang ipar aku menghiasi kek ni pulak. Dia menyalut dengan Blueberry Cream dan juga membuat segala renda-renda itu dengan icing buatannya sendiri. Ini kek yang Que buat!!!!. Kepada Iklan Masterchef, jangan coba-coba nak pandang kek gua ni hitam putih.

Pengakuan yang ikhlas dan benar: Memang setaraf dengan Secret Recipe rasa kek ni, malah yang aku buat ni lagi sedap weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..

p/s: Nasi dagang pon sedap. Akak aku yang buat. Aku just potong bawang je :))

2 comments:

  1. kalu dah ikut resepi yang betul dan sedap mestilah menjadi sedap. klau tak jadi tu..smtg wrong someware la tu..

    ReplyDelete
  2. fuh...cayalah!!!
    tp mmg cnfirm sedap ker..???
    hahahahaha

    ReplyDelete