Monday, 17 October 2011

Ba Wow Ro Ya Ain



*Duk tengah pikir masa depan. Masih tak tau nak jadi apa.*

Hari ni tak keruan. Cam orang bodo. Gua tak lunch tadi. Petang pening cam katak. Makan roti tak dak air. Sampai tercekik. Telan air liur ja. Malas gila nak jalan pi ambik air dekat watercooler. Nak buat apa lagi kat bilik tak tao. Bilik kemas kemain tapi sangat boring. So sepah-sepahkan bilik kejap. Terus nak pitam tengok meja study berselerak. Konon-konon study bagai nak rak. Oh baru teringat hari ni belom berak.

Zul si mamat senget tu ajak aku lunch. ON ja. No problem. Lepas tu tiba-tiba gua tak jadi nak lunch. Runsing akan test gamaknya aku ni. *Padahal malas nak gi jalan kaki* Bazir masa weh gi jalan kaki ke foodcourt. Amboi kemain kau demand, padahal tumpang orang je. Lupakah moto kau dah kena curi? Terus sentap. -__-" 

Berdasarkan pemerhatian gua, semasa pemergian kawan-kawan gua ke foodcourt, gua berjaya menghapdet satu entri tadi. Syabas sebab tadi gua cakap nak study. Gua tak tahu dah nak study apa. Asyik matrik matrik matrik sampai ke sudah matriknya. Sesekali si kenit Mijea datang ke bilik mengacau gua, gua sempat bertanya beberapa soalan kat budak tu. Mujur dia boleh jawab, kalau tak gua pelengkong ngan bateri laptop gua nih.

Selepas solat Asar, gua sekali lagi menanam azam untuk habiskan novel yang gua beli tu. Tebal weh. Gua dah jadi ala-ala budak nerd yang baca novel romantik gittew. Novel English weh. Kalau tak belajar English haram la korang takkan paham. Aku paham gak sikit-sikit. Tapi maksud yang aku paham tu entah betul ke tidak. Tapi tu belakang kira. Asalkan habis baca. Tak paham maksud seharusnya rujuk kamus. Harammm kamus english tak ada pon. Google translate memang dermm tak leh nak pecaya. Bodo laa sape yang pecaya.

OKlah. Gua nak sambung bermesra dengan kertas-kertas matematik yang menyeronokkan ni. Bye pembaca setia. Bye.

4 comments:

  1. diari ke ni weh? tp diari ko buleh tahan kot. rase nak pelempang ko dari atas sampai bawah benti rehat kat tengah. eh? hahaha

    ReplyDelete
  2. Berjaya membuat gua gelak selama 4 saat.

    ReplyDelete