Friday, 7 October 2011

Apa perkembangan terbaru Rita Rudaini???



Assalamualaikum. Hai kawan-kawan. Post kali ni sangat specialkan untuk peminat-peminat pelakon paling popular kat Malaysia iaitu Rita Rudaini. Dah tak payah lah nak describe lagi Rita ni macamana. Banyak dah kat post sebelum ni aku dah detailkan segala-galanya. Sesape nak review post pasal Rita yang dulu-dulu sila klik kat sini eh. (RITA RUDAINI).

Hari tu aku agak terkejut jugak bila ada seorang peminat Rita yang datang kat fesbuk aku dan suruh aku update pasal Rita kat blog. Hehehe.. Yelah, baru perasan dah lama tak update pasal Rita. Last update masa Rita tengah shooting drama Jangan Bunuh Matahariku 2 (JBM2). Time tu bulan puasa.


Kemudian lepas raya, Rita ada jugak berlakon drama raya kat TV3 Oh Haram! bersama Aqasha. Kalau tak silap 10 September 2011 ditayangkan di TV3. Suka cerita ni sebab Rita cakap loghat utaghara. :)


Untuk perkembangan terbaru Rita, beliau sedang shooting drama Tangisan Bulan Madu 2 (TBM2) yang bakal akan ditayangkan di RTM. Wah.. Mencurah-curah rezeki beliau. Harap-harap lagi banyaklah Rita berlakon dalam drama mahupun telemovie. Kalau drama susah sikit nak tengok sebab banyak clash dengan kelas. Tapi kalau drama biasanya akan ditayangkan waktu malam, so boleh jugak spent time. 


Dengar-dengar jugak Rita bakal membintangi Oh Haram 2. Betul tak? Aku rasa mestilah betul sebab citer tu memang best lah. Boleh dibuat sambungan. Budak yang berlakon sama dalam citer tu pon cute. Hahaha..

Itu sahaja untuk kali ini. Nanti aku story lagi. Eh, hari tu Rita ada bagitau kat twitter dia yang dia akan muncul di Majalah Keluarga edisi Disember 2011. Nanti jangan lupa beli taw..

Sumber gambar dari akaun twitter Rita : @AiritRudaini 

4 comments:

  1. rita da ade anak ni makin santek plak kannn @__@


    kaka t da bsar jd pmain bola cam papa yer ^__^ heee

    ReplyDelete
  2. rita bakal berlakon satu drama berepisod di astro

    gandingan 3 mama hot

    tunggu :)

    ReplyDelete
  3. Harap drama JBM2 n TBM2 tidak ditygkan waktu siang, klu x, x dpt le nak tgk...X sabar nak tgk drama2 lakonan Rita yg terbaru.

    ReplyDelete