Wednesday, 19 October 2011

Amboii... Kemain lagi...


*macam biasa, gambar tiada kaitan. Kalau nak ada kaitan, kaitkanlah sendiri*

Pada entri kali ini aku berharap agar tiada siapa yang tersentap. Ya aku tahu ini adalah personal blog aku dan langsung tak berilmiah, *walaupun di label tu ada je sudut ilmiah* so what?? Aku taip, aku cari idea, aku design sendiri blog aku, aku guna masa aku, aku tulis mengikut acuan aku dan aku tulis pasal aku. Apa masalahnya?? Aku tak kutuk orang. Aku tak kondem orang. Aku tak jatuhkan orang. 

Alkisahnya aku cuma pergi ping blog ja kat satu group di facebook ni. Memang group untuk blogger. Tak payah la nak cakap group yang mana kan. Sorrylah kalau menyemakkan notification kat wall korang yang terlibat dalam group itu. Mungkin blog personal macam blog aku ni tak layak kot untuk ping dalam group tersebut so sekarang aku dah leave group tu. Ahli group tu pun tak setanding dengan Group Sahabat Blogger.

Aku tak tahu pulak kat group tu tak boleh ping blog yang tak ade content + ada iklan. Bak kata orang blog macam aku ni blog yang cari publisiti la konon. Blog yang bagus, orang tetap akan masuk walaupun dia ada iklan atau tak ada iklan. *Aku tak kata la blog aku ni bagus*. Blog yang aku rasa bagus adalah macam blog TripleA, Qarl dan HamiAsraff.

Lain orang lain penulisannnya. Ada yang puitis, ada yang sempoi, ada yang bentuk dialog, bentuk lukisan. Itu hak masing-masing. Penulisan kita identiti kita. Orang suka baca blog kita disebabkan kita menulis ikut gaya dan cara kita tersendiri. Kita tak perlu jadi orang lain. Tapi kita boleh cedok gaya penulisan blogger yang kita suka sebagai inspirasi, tapi kita sesuaikanlah dengan gaya kita. Itu tidak menjadi masalah.

Berkaitan dengan nuffnang/iklan. Terpulang kepada hak individu. Ada yang tak nak letak. Ada yang nak letak. So, ikutlah kehendak masing-masing. Kita tak boleh cakap orang yang letak iklan dalam blog tu hanya nak wang semata-mata. Ikhlas ke tak ikhlas ke korang boleh nilai. Bukannya kalau tak ada nuffnang, "oh dia ni memang tulis dengan ikhlas!". Tapi bila nampak je ada nuffnang, "alaaa, budak ni berblog sebab nak duit je ni". Habis tu apa motif ada syarikat pengiklanan buat code html tu kalau tidak diletakkan di blog? 

Lagipun aku yang copy dan paste html code iklan tu ke dalam blog aku. Aku tak mintak korang klik. Banyak mana aku usaha dalam blog ni, banyak tu je lah yang aku dapat. So, apa kaitannya dengan gejala yang tak sihat yang korang cakap dengan blog aku ni? (-__-")

Sambil menyelam minum air lah. Kalau dah ada bakat dalam penulisan ke fotografi ke kenapa kita tidak gunakan ke arah yang boleh memberikan hasil. Tak salah pun. 

Letaklah 10 iklan sekalipun, kalau belog korang tak best, tak teratur, serabut, font tak kena, susah nak baca, ayat berterabur, korang takkan dapat duit dengan senanglah sebab blog korang ni tak akan melekat dekat hati orang. So, ko ping lah banyak mana pon blog  ko, orang takkan layan.!

Kalau blog seseorang itu blog personal dan tiap-tiap kali dia buat aktiviti dia akan post kat entri, (time makan, boring, baju koyak, terbau ketiak masam, henfon kena curi, terkencing dalam seluar.... bla bla bla...) so apa masalahnya? Itu blog dia. Tak kesah lah kalau dia nak bagitau kat sapa pun pasal personal life dia. Kalau taknak baca tak payah bukak. Habis citer. Small matter laa...

Hurmm macam ni lah jadinya bila dah taksub berblog. Masalahnya yang menjadi pengkritik tu blog dia pun ntah hape-hape. Langsung tak layak. Dia duk kritik bukan main hebat lagi kat blogger lain. Bila tengok blog dia indah khabar dari rupa. Sepatutnya apa yang kita nasihat atau komen kat orang tu biarlah kita apply dulu kat blog kita. Barulah orang lain kagum. 

5 comments:

  1. Weh, blog aku tak tersenarai ke dalam blog yg ko suka? -_-" hahahaha ok sedar diri

    ReplyDelete
  2. mcm tau je grup mane..sebab kene jugak..setuju dengan kamu..mmg rase nak fight je dengan manusie tu tapi malas..bia lah..blog kite hak kite..kalau rase x nak bace x payah bace..name pon grup utk blogger..tempat nak ping..suke hatilah nak buat ape pun kan..x payahla sampai nak kondem blog personal ke ape..

    ReplyDelete
  3. Waa ni selebat hujan kat luar ni..setaufan melanda UPM ni..kilat bagai ni hahahah

    ReplyDelete
  4. huhu! no komen. tapi dah terkomen.

    ReplyDelete
  5. mujur saya blogger picisan...haha..tapi dia tu punya komen sgt menyakitkan jiwa...

    ReplyDelete