Monday, 19 September 2011

Kisah Dongeng Putera Raja yang ingin berjogging



Assalamualaikum. Hari ni aku tak ada kelas. Nak bersorak hoorey pun tak adalah hepi sangat sebab kelas gua deret dari hari Selasa sampai Jumaat. Tapi bila tengok kawan-kawan yang nak ke kelas tu sempat lagi lah aku berannoying depan diorang dengan ayat "Alaa... boring lah hari ni tak ada kelas. Sepatutnya hari ni buat la kelas, baru best." Hoi tak payah mengada!!! Kelas tak ada, study lah dalam bilik.!

Okeh. Ni nak story pasal seorang Putera Raja yang hensem ni diajak berjogging pada pepagi buta. Sudah berjanji dengan seorang dayang yang bernama Cendana (muzik kat blog dia amat mengejutkan aku). Walaupun seorang Putera Raja, tapi dia tak de lah kerek sangat. Cool ja. Tak kesah sesape yang ajak. Dia on ja.

Oleh yang demikian, dia pun bersiaplah bagai nak rak. Lepas solat Subuh, korek la segala kotak nak cari kasut sukan. OK dah jumpa kasut sukan, stokin pulak tak de. Korek plak nak cari stokin. Tetibe terjumpa stokin yang ntah berapa kurun tak basuh. *Letak stokin kat hidung* "Takdelah busuk pun, bau cam biasa je". Then tunggu si dayang kembang semangkok ni SMS. Memang dia janji nak SMS. Si Putera Raja ni tunggu punya tunggu , si dayang tak misscall-misscall pun. Sampai tertidurlah jugak si Putera Raja nih. Kesian ok. Pukul 11 pagi baru si Putera Raja bangun sebab letih menunggu. Pasrah.

Pada petang tu plak si dayang yang mungkir janji ni pun meminta ampun maaf di fesbuk. OK fine, putera raja yang cool ni pun memaafkan dia. Yelah, nanti takot jadi cam dayang bunting plak. -___-" . Kemudian berjanji sekali lagi untuk berjogging pada keesokkan harinya.

Esok paginya plak, Subuh-subuh lagi si dayang ni call. Putera Raja ni tak angkat la sebab masa tu suara masih serak-serak basah. Tak cool la bila dia tahu yang putera raja ni baru bangun. Kemudian, dia pun pergi solat Subuh. Lepas tu dia pun SMS si dayang ni. Tak berbalas. Pukul 6.40 pagi baru si dayang ni balas. Rupa-rupanya dia dah gi jogging. Entah pergi ngan sape. Okfine.

Si Putera Raja yang ditinggalkan ni pun malas la nak bukak kasut dan tidur balik. So, dia pun buat keputusan nak jogging jugak. Kemudian dia pun SMS la 3 orang kawan dia. Semua kawan-kawan dia respon. Sangat bagus. Kawan yang mula-mula respon "Tak ada kasut sukan nak gi jogging". Kawan yang kedua respon "Malas nak jogging + kasut sukan tak basuh lagi" *motif dia hengat pak guard UPM tu nak usha kasut dia??*. Kawan yang ketiga respon "OK, aku temankan ko, tapi aku tak jogging taw."

Akhirnya tercapai juga hasrat si Putera Raja yang macho tu nak jogging. Terima kasih ye kawan yang ketiga tu. :) Sekian, terima kasih.

*gambar nak gempak je*

9 comments:

  1. gambar lawa. ko nak jadi ceni ea? hahah

    ReplyDelete
  2. fuyo...hahahterbaik raja..hoho

    cun..!!
    xyz4mir.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. @kembatolo™

    hahaha...mesti lah nak.. ko tak pe badan dah taff.. T__T

    ReplyDelete
  4. skang ni u cube nk ngate i la ye?? ha? ha?

    ReplyDelete
  5. aku seperti mengenali puteri cendana yang dimaksudkan itteww...

    ReplyDelete
  6. hahaha sesuka hati dy je bahasakan awek dia dayang lettuwww HAHAHA

    ReplyDelete
  7. saranan kementerian kesihatan
    bersenam sebaik-baiknya 3 kali seminggu

    hahaha...

    ReplyDelete