Thursday, 15 September 2011

Kenapa Bilik Aku Menjadi Tumpuan Orang Ramai?


Hello.! *kenyit mata*

Malam tadi secara tidak sengaja aku telah mengadakan open room *open house* di bilik Hotel Hostel 244 Delima, berbekalkan Black Forest Cake yang akak aku bagi sebab dah  dekat nak expired *tapi belum expired lagi malam tadi*.

Selain kek hutan hitam itu, aku juga menghidangkan beberapa ketul kuih tat yang juga dirembat dari rumah akak aku. Dia bagi aku on ja. Hahaha..

Bilik aku di tepi tangga, tepi foyer, tepi cermin, tepi peti sejuk, tepi tapi jauh sikit dengan tong sampah, bertentangan dengan tandas tapi tak dekat pun.

Sangat strategik dan juga menjadi tempat persinggahan warga kolej dan juga warga asing. Nak pi mana-mana mesti usha bilik aku. Memang sangat sesuai untuk dijadikan bilik contoh di blok aku. Sangat berbangga dengan pencapaian ini!  -___-“

Tiba-tiba aku terfikir sejenak, kenapa bilik aku? *kemain lagi ayat sasterawan Negara*

Akhirnya baru aku tahu kenapa mereka memilih bilik aku sebagai tempat untuk release tension dan tempat untuk mendapatkan ilham serta tenangkan jiwa:-

1. Kemas dan cantik. Susun atur perabot sememangnya layak untuk ditayangkan di dalam rancangan Astana yang dihoskan oleh Kak Nita.

2. Daya pesona dari comforter polkadot pink gua yang gua hangkut dari kampung (Terengganu) ke Shah Alam dengan Bas Sani Ekspress. Mak gua baru je beli gua terus rembat. Hahaha.

3. Bilik gua sejuk sama seperti gua pasang penghawa dingin. Padahal gua pasang kipas speed nombor 2 je. Mungkin aura dari tuan punya bilik kot. T__T"

4. Wangi seharum kasturi. Weee hooo... Hasil campuran spray deadorant Axe, dashing, spray febreze,perfume GA, bau stokin, dan sedikit bahan kimia yang lain.

5. Ada elemen muzik yang meruntun jiwa. Walaupun gua tak pasang pun mp3, winamp, media player segala, hanya berbekalkan sebuah kipas syiling antik, bilik gua akan dihiburkan oleh gegaran kipas yang akan berbunyi bila dipasang. Sangat romantis.

*Lebih kurang macam ni lah design comforter aku. Ingat pompuan je bley pakai pink?*

Tu je lah setakat ini. Lain kali wa story lagi. :)

14 comments:

  1. perghh.. kne singgah bermalam ni.. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahhhaha...katil anak akak pon yg besa2 ja tau..hee~

    ReplyDelete
  3. oh ok..baru perasan awk lelaki..huk3 sori taktengok gmbr,,ore ganu dehhh..
    jarang org laki yg kemas2 bilik
    gud job for u :)

    ReplyDelete
  4. hahahaha terlalu sweet cadar tilam tuh~

    ReplyDelete
  5. @kembatolo™

    Mai lah. Aku sanggup tidur atas lantai. mung tidur atas katil.

    ReplyDelete
  6. @Aman Ibrahim

    Hahahaah...padan ar ngn aku yg cute nih.. hahaha

    ReplyDelete