Friday, 30 September 2011

Berpakaianlah sopan bila bertandang ke rumah Allah


Mesti semua orang terkejut bila bukak blog aku nih sebab mula-mula dah terpampang gambar model yang direject. Ok fine. Abaikan gambar abang hensem itu.. *bluuekkk* -___-"

Sempena di hari Jumaat yang mulia ini, aku nak nasehat la sikit kat semua kaum sejenis dengan aku. Wahai kaum Adam semua. Aku nak pesan ni tentang berpakaian ke masjid. Terutamanya kepada studentlah. Sebab kalau pak cik-pak cik yang dah kerja mungkin akan berpakaian kerja yang dah lengkap dan sopan. Dah lama aku tengok kadang-kadang student ni tak ambik cakna tentang pakaian bila bertandang ke rumah Allah.

Ya, aku tahu korang boleh pakai apa sahaja ke Masjid selagi korang menutup aurat dan berpakaian bersih, tetapi kalau boleh, pakailah baju yang bersesuaian contohnya baju Melayu, Jubah, kemeja, kain pelikat dan seluar yang sesuai. Janganlah pakai singlet ngan seluar trek je. Tak sopan la der..

Lagi satu yang aku hairan, ada sorang mamat ni, bila nak pergi ke kuliah pada hari Jumaat, bukan main lagi pakai smart-smart baju melayu, sampin, dan songkok, kasut bukan main berkilat, tup-tup bila nak gi solat Jumaat pakai singlet ngan pelikat je. Kain pelikat londeh pulak tu sampai nampak boxer. Songkok melayang tah kemana, baju melayu pun melayang tah ke mana. So ape citer nih???

p/s: aku tengok orang foreigner pun pakai baju kebangsaan diorang yang macam jubah dengan kain berela-ela tu.. Vogue giler wehhh...


7 comments:

  1. btul tu , skang ni kdng2 pkaian tu x sopan btul , kalau nk jumpa mkwe tau plak nk pkai smart2

    ReplyDelete
  2. biar betul pakai singlet jer... memang tak supan sungguh....

    ReplyDelete
  3. aku pakai baju melayu ngan kain pelikat je. maklumlah, suka pakai kain pelikat la katakan. keh3

    ReplyDelete