Friday, 9 September 2011

Alahai Rayaku Kali Ini...


Apa sudah jadi pada rayaku pada kali ini? Raya aku pada tahun ni sangat tak ceria. Orang lain semua ceria, mungkin aku je mengukir senyuman paksa. Ahhh… macam-macam yang berlegar kat otak ni. Pasal masa depan. Cerah ke gelap ke hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku ni. Memang kebelakangan ni kalau banyak berfikir dan stress memang akan sakit kepala. Mood semua hilang, jadi pendiam, malas nak bagi respon, kalah orang period weh. Sabar je lah!!!

Tak mudah untuk berkongsi dengan sesiapa. Tak percaya kat orang lain sebab tak ramai yang pandai simpan rahsia. Kalau hari ni cakap, mungkin esok dah akan terbongkar. Mungkin diorang tak pernah nak amalkan peribahasa biar pecah di perut asal jangan di mulut. Bagi prinsip mereka, kasi pecah semua, mulut ke perut ke, hidung, teling segala ada aku kesah!. Lantak korang lah.

Cuba nak positifkan pemikiran. Bila dah positif, lepas tu bila terfikir balik, mulalah elemen negatif dan emosi merasuk kat otak ni. Macam tu lah hari-hari aku. Hanya banyakkan berdoa untuk tenangkan jiwa yang lara ini.

Bila fikir orang lain punya masalah pun dah pening, masalah sendiri lagi pening. Apa-apa pun bila niat nombor satu, insyaAllah segala rencana akan berjalan dengan lancar dan akan diredhaiNya. Sekarang kena kuatkan semangat dan tabah je. Ye aku tahu aku memang seorang yang tabal.. *ceeewahh, bangga diri jap*.

So, malam-malam kalau tak nak otak ni fikir segala masalah ni, aku tengok filem “Tolong! Awek Aku Pontianak”. Cerita ni sangat sengal ubi dan lawak selamba serta tolol. Hahaha… memang syiok tengok lakonan si Pian (tak tahu nama pelakon) ngan Bob (Zahiril Adzim) tu. Ditambah pulak dengan lakonan Afdlin Shauki dan Faizah Elai. Lagi bertambah kecoh. Bikin nak gelak je. Memang serius sengal.  Dan 7 kali aku tengok filem ni! Tapi kat laptop jelah! Kampung dan bandar kat tempat aku takde cinema *OK fine, lari topik sikit, promote filem Melayu*

p/s:: Kecik-kecik dah ada masalah! Hei sape kecik?? Wa dah besar laa…! Dah jadi orang besar kena pandailah buat keputusan sendiri yer :) Jangan takut untuk menempuhi cabaran dan risiko.



3 comments:

  1. fyi,nama pelakon y bwk watak pian tu sufian mohamed.dia manager bob :)

    ReplyDelete