Thursday, 22 September 2011

5 Sebab Kenapa Aku Rasa Segan Giler!


5 Sebab kenapa aku rasa segan giler :-

1. Bila si gadis yang belanja aku makan.

Sumpah aku tak mintak diorang belanja. Tapi bila aku nak bayar, diorang tak mahu ambik. Rasa segan pulak walaupun dengan kawan baik sendiri. Tapi, kenapa diorang taknak terima duit dari aku? Adakah aku terlalu hensem untuk tidak membayar duit itu. Mungkin juga aku ini terlalu macho untuk diorang menerima wang dari aku. *macam ayat sama yang dikelingkan je*

2. Bila ada orang baca blog aku. ^__^

Sebenarnya saya adalah seorang jejaka baik yang pemalu. Awww.. Hahahaha.. Geli geliman -__-". Ya, saya malu sebenarnya bila dapat tau ada jugak kawan-kawan sekolej baca blog saya. *pemes jap*. Tapi jangan lah sampai nak ambik tanda tangan saya. Pelis jangan buat saya segan. Saya bukannya artis. *OK, ni dah tahap tipu melampau*. Tapi jangan pulak stop baca blog yang update entah hape-hape ni. Saya sayang semua followers blog ini, sama ada silent readers mahupun pengkritik tegar dan sesiapa sahaja. *OK, dah boleh pakat klik nuffnang*

3. Bila berada di samping orang yang pendiam/baru kenal.

Saya sebenarnya takdelah peramah sangat. Tapi tidak juga pendiam. Tapi bila berada di samping orang yang pendiam berat mulut nak cakap serta tidak mahu memberi respon, saya pun mulalah berdiam jugak. Takkan semua soalan kita je yang nak bagi. Dulu time aku praktikal, boss aku ni senyap je. Then aku pun terpaksalah keluarkan story yang kami boleh sembang. Sampai terkeluar citer hantu, pocong, saka, toyol segala. Bila tak ada idea, aku sms kawan aku, tanya dia nak cakap pasal apa lagi dengan boss aku ni?. Teruk tak perangai aku. Hahaha. -__-"

4. Bila keluar shopping dengan orang-orang yang banyak wang.

T__T" . Reaksi pun dah macam kesadisan. Hahaha.. Tapi aku cool ja. Kadang-kadang malu lah nak beli baju depan diorang semua yang kaya-raya dan banyak wang. Sebab aku takkan belanjakan duit untuk beli satu helai baju t-shirt dengan harga RM50. Tak akan sekali-kali. Kalau baju Melayu tu ok lagi. Tak berbaloi la baju t-shirt harga RM50 above. Itu bagi aku. Orang lain mungkin tengok brand, jenis kain. Tapi aku rasa banyak la kain yang murah tapi fabrik dia pun boleh tahan jugak berkualiti, design pun cool. Bagi aku, baik beli murah dan banyak, boleh pakai gilir-gilir dari beli satu then bila keluar asyik duk ulang baju dia yang tu ja.. Cemuih laaa... 

5. Bila ada budak perempuan yang kita tak kenal mintak kita belanja.

If kawan lelaki jaranglah mintak belanja ni. Kalau yang ada pun jenis yang gurau-gurau ja. Tapi laki sama laki kalau tak layan pun ok je. Tapi bila perempuan yang mintak belanja ni, kalau time ada duit OKlah. *If teman kariblah, kalau tak karib gua tak layan sangat, lebih-lebih lagi yang suka kutuk gua. T__T" * 

Tapi kes aku ni pulak bila kita pun tak kenal pompuan ni. Kenal gitu-gitu je time dia nyampuk-nyampuk dalam fesbuk. Senang-senang ja time jumpa mintak belanja, macamlah kita ni abang/BF dia. T__T" . Mak bapak/PTPTN/Biasiswa bagi korang buat apa? Kumpul kasut? Handbag? Beli hadiah tuk boifrend?! Yang lagi demm bila aku pun langsung tak kenal pompuan tu dari planet mana ntah tiba-tiba bila terserempak kat kedai mintak belanja dengan body liuk lentok dan suara manja yang konon nak menggoda. Hoi aku tak bernafsu la dengan badan liuk lentok ko tuh, aku lagi bernafsu dengan duit aku!! Poooorahh.! Pastu mulalah cakap tak gentle lah, tak sporting lah. Bapak kau gentle!!! Habis jadi pengikis dengan liuk lentok tu ayu lah?? cehh!!! Lelaki kalau nak belanja pon tengok jugak pompuan tu macamana. Kalau yang jenis gatal menghenyam sorry to say lah. I tak reti nak garu uolls. Yang segannya dia mintak depan orang ramai. Ni yang susah ni.!!! *Biasanya aku buat-buat ada orang sms/call then terus lari dari kedai tuh*

Que: Keseganan adalah hak milik setiap insan



10 comments:

  1. ade ke unknown girls mintak belanja?
    hoho

    ReplyDelete
  2. ni la blogger terkenal upm tu ye hihi

    ReplyDelete
  3. yg pertama tuh mmg haruslahhhhhhhh segn..kikikiki

    ReplyDelete
  4. Ada dua belanja di situ. Takpa, lepaih ni hang belanja aku. For sure tak segan punyalah!

    p/s: BTW, header yang ni cool fever!

    ReplyDelete
  5. lu patut bangga kuar shopping dengan orang kaya, boleh lu pow die...haha

    ReplyDelete
  6. sume yg berkaitan sama ngan aku..hahahhaa

    ReplyDelete
  7. gahgahgah..nsibla..sape suh kua..;S

    ReplyDelete