Monday, 8 August 2011

Uniknya Ramadhan WAMOZUWAHA!


Bulan puasa tahun ni tak sama seperti bulan puasa sebelum ini. Ye lah, sebelum ni berpuasa kat Universiti je dengan kawan-kawan. Suasana pun lain. Petang-petang kena jalan ke foodcourt nak beli juadah. Aku paling suka makan ikan pindang yang warna kuning tu. Best sebab masam. Menu lain tak ingat. Okeh, di sini aku mau story sedikit sebanyak pasal diri aku tentang perkara yang selalu kita kaitkan bila berada di bulan Ramadhan.




# 1   Solat Sunat Terawikh

Aku pun dah lupa sama ada pernah atau tak solat terawikh 20 rakaat. *Rasa macam tak pernah*.  Biasanya 8 rakaat je lah dan diakhiri dengan witir 3 rakaat 2 salam. Biasa gak ponteng solat terawikh time kat kolej. Masa tu pergi cari baju raya kat jalan TAR dengan kawan-kawan. Bila sampai je kat kolej depa dah habis solat terawikh. Padahal memang bajet nak balik lepas diorang habis solat terawikh. Hihihi.. Ada juga orang mempertikaikan kenapa solat yang wajib kita tak berjemaah di masjid, tapi solat terawikh yang sunat ni semua orang berpusu-pusu pergi ke masjid. Bagi pendapat aku, apa yang dia cakap ni betul. Tapi bila difikir-fikirkan balik, bulan Ramadhan adalah bulan yang berkat. Bila beribadat, pahala digandakan berkali-kali ganda. Solat Terawikh pun hanya ada pada bulan Ramadhan. So, tak peliklah kalau diorang pergi solat Terawikh berjemaah di masjid. Yang peliknya bila langsung tak ada orang ke masjid pada bulan Ramadhan yang diberkati ini.

# 2   Sahur

Sesetengah orang memang sayang nak bangun dari tidur untuk sahur dan rela hanya minum seteguk air demi mencukupkan waktu tidur mereka. Tapi kalau aku, aku lebih rela untuk bangun untuk bersahur demi memenuhi sunnah yang dituntut ini. seperti yang kita tahu, Sahurlah membezakan puasa orang Islam dengan orang Yahudi. So, aku akan pastikan supaya bangun sahur. Ada jugak beberapa kali terbabas sewaktu di kolej. Yang sedihnya, makanan dah beli, tapi terlajak tidur smpai Subuh, esoknya rasa sayang nak buang makanan tu... :(

# 3   Bazaar Ramadhan

Aku ni tak berapa minat dengan bazaar Ramadhan. Aku tak mudah tertarik dengan makanan, lauk pauk, kuih muih, dan minuman segala tu. Bagi aku, apa yang masak kat rumah tu sudah memadai. Kalau pergi ke bazaar pun aku hanya akan beli murtabak ataupun roti john. ITU SAHAJA. Kalau bab minuman, aku berbuka dengan air kosong pun tak apa. Sebab aku tak minum air tebu, soya, tuak, jagung, laicikang, cendol, cincau, dan lain-lain. So, sila bersimpati dengan aku. Haahaha!!

# 4   Berbuka

Bila berbuka, aku jenis tak boleh nak makan banyak sangat dan tak boleh nak sumbat segala mala bagai kuih muih, makanan, lauk pauk, minuman semua tu. Paling banyak pun dua pinggan nasik je. Hanya berbuka dengan nasi dan sedikit lauk serta sayur dan minuman pun sudah memadai. Kurma jangan lupa pulak. Biasanya di rumah, aku akan berbuka dahulu kemudian baru solat maghrib dan mandi. Bercakap tentang menu berbuka pula, sudah menjadi kebiasaan menu berbuka akan lagi special dari dinner pada bulan-bulan biasa. Contohnya seperti, nasi kerabu, ayam percik, ikan bakar, serta pelbagai makanan lagi yang amat susah untuk dijumpai dan dibuat pada bulan-bulan lain.

# 5   Tadarrus al-Quran

Alhamdulillah, dengan adanya bulan Ramadhan yang mulia ini, banyak masa yang terluang diisi dengan tadarrus al-Quran. Cuma bila duduk di rumah agak tidak berjalan sesi bertadarrus. Hanya membaca berseorangan. Kalau duduk di kolej, AJK surau akan buatkan sesi bertadarrus. Dua tahun aku join. Masa first tu aku pilih kumpulan yang baca Juzuk 1, surah al Baqarah, then kali kedua aku sendiri yang jadi ketua, apa lagi, bodek-bodek AJK yang handle tadarrus ni nak mintak Juzuk 30. Mujur jugak aku pilih juzuk ni. Dua orang lagi anak buah tu dalam kumpulan aku tu pulak kawan baik sendiri. Berapa hari je bertadarrus kemudian aku baca semua skali gus. Yelah, asyik keluar je tiap-tiap malam lepas tu ada yang kelas malam lah segala. Ciss.. hehehe..

# 6   Moreh

Tahu tak moreh tu apa?? Aku masuk universiti baru tahu moreh tu apa weh. Kat kampung aku rasa bukan panggil moreh laa.. aku pun lupa panggil apa. Kalau moreh kat kampung time giliran family kitorang mak aku slalu buat bubur kacang hijau tu.  Buat dalam periuk besar. Memang kalau mak aku buat bubur kacang konpem la sedap. Lemak manis pekat semua cukup. Then bila tak habis je bubur kacang tu, kitorang akan letak bubur tu dalam peti untuk dibekukan. Lepas dah beku boleh makan wat macam ais krim. Korang pernah buat???

p/s:: Nantikan Uniknya Syawal WAMOZUWAHA plak eh.. Hehehe..


5 comments:

  1. info yang best... comel lak gambar ko ngn kertas tu :)

    ReplyDelete
  2. rebut peluang memenangi takwa di bulan ramdhan

    ReplyDelete
  3. wah.. rindunya suasana kita bersahur! ingat lagi kita beli sahur kat cafe canselor then kau mesti mintak nasi goreng kampung cili potong tu. huhu

    ReplyDelete
  4. seronok membaca entri ni.

    #1. mmg betul ramai yg solat terawih d masjid, tp kurang org bila solat jemaah biasa. tp lagi rugi bila sorg tu tak dpt nak usahakan diri utk atleast rebut benefit ramadhan utk sama2 join terawih. afterall, ramdhan ini utk latihan, kalau sudah rajin ke terawih , boleh step up effort utk ke waktu2 lain.

    #2. scene sahur kat kampus memang mencabar. kne usahakan diri utk bangun sendiri. tp, bila fikir2 balik, org yg tak miss sahur ialah org2 yg Subuhnya mantap.

    #3. bazaar, err, xselalu pergi jugak. rasa rugi, rasa lari tujuan, kdg2 blebih2an makanan. semangat mahu kongsi perasaan org fakir, miskin yg selalu kelaparan jadi pudar. tp sekali sekala tu pergi jugak. yg penting bersederhana.

    #4. teringat kat cikgu aku dulu kata "berbuka berbeza dgn makan, sebiji tamar, seteguk air pon berbuka"

    #5. tadarus mmg seronok. ada yg tegur bila salah, ada yg ajar yg lemah, serius byk manfaat.

    #6. moreh mmg tak miss kalau berbuka makan sikit je, tp syok moreh ramai2.

    sori, komen panjang dah macam entri. teruja baca pengalaman ramadhan. XD

    ReplyDelete