Saturday, 6 August 2011

Terapi Elektrik di Landasan Keretapi Indonesia


"Amboi pak cik...bestnya repeliksologi... kalau ye pun tutuplah kangkang tu sket.."


Walaupun ia mungkin kelihatan seperti orang yang sedang mogok dan ingin bunuh diri di landasan keretapi namun kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat Rawa Buaya ini sebenarnya adalah untuk menyembuhkan penyakit mereka dengan berbaring di atas landasan keretapi tersebut.


Di bandar Indonesia Rawa Buaya, mereka percaya bahawa tenaga elektrik yang dibawa oleh gerabak keretapi boleh menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh mereka.

Daripada golongan kanak-kanak, remaja, dewasa, sampai ke peringkat warga emas, mereka yang mengamalkan terapi ini berharap agar tenaga elektrik dari gerabak keretapi yang melalui landasan itu dapat menyembuhkan pelbagai penyakit yang dihidapi mereka walaupun telah berkali-kali dilarang oleh pihak berkuasa, namun sesekali tidak diendahkan mereka.


Wan Mohd Zulqhairi Wan Hasan melaporkan untuk Buletin WAMOZUWAHA.

p/s:: kenapakah penulisan saya pada kali ini seperti seorang wartawan yang melaporkan berita dari Indonesia.

"Nek, wat apa tu??? Pose untuk majalah NENDA eh?? Malatop beg, siap ada fishball lagi"

"Hai abang, sorang je ke?? bini mana??"

"Amboi mak cik tuh, macam berdengkur je.. patutlah suami tu usha orang lain"

"Atokkk, kopiah kat kepala tu dah ok, seluar pendek tu apa kes??"

"Korang ni patut letak mata kat landasan tu..bila rabun dah hilang bolehlah baca notice board tu"

"Hai aunty, menghayati nampak... pose baek punyer!!"

"Korang semua ni memang berubat macam ni je ke??? bankrup semua klinik kt indonesia"

"Hamboi... pandai plak di memayungi...hati-hati, kan tertusuk plak anak dalam perut itu"

"Ambik wudhu' ke??? Alhamdulillah"

"Pakcik dah salah landasan ni, sepatutnya pak cik duk sebelah sana!!"

"Ada lagi ke hayatnya ni???? ke dah arwah??"

7 comments:

  1. hahahaa sekali diorang terbaring kat landasan yang kete api nak lalu. kan ke glemer seluruh dunia? hahahaha

    ReplyDelete
  2. @fairuz hahahaha... bukan diorng pinta untuk glamer.. stok2 watak tempelan je nih.

    ReplyDelete
  3. Terapi elektrik ni murah..takyah bayar..wahahaha..tu yg rmai tu..

    ReplyDelete
  4. ya ka boley elok kalau wat cenggitu...takot plak nengok..kut2 terbalik keretapi tuh...tak ke naya~~

    ReplyDelete
  5. hohoho ni rasa nk kagum smbil gelak ni.

    ReplyDelete
  6. copy blogserius ka???

    ReplyDelete