Tuesday, 2 August 2011

Korek hidung dan telinga tidak membatalkan puasa.


Aduh, sakit kot. tergaru jerawat kat leher. Cik jerawat ni merata-rata dia parking. Dia buat macam tanah jajahan dia dah. Ada tu siap pacak batu nesan lagi. Bukan setakat dekat gurun sahara. Dekat hutan belantara pun dia duk pi lepak. Nak je aku pi rendam dalam ayaq panas. Maka kepala aku jugak yang parah. Redha dan berserah je lah.

Di awal bulan Ramadhan ni, pasal jerawat jugak ler ko nak bercerita segala bagai. Story la benda lain brader. 

OK! malam tadi semasa solat sunat Tarawikh di surau yang berdekatan dengan taman perumahan, Imam itu membaca satu muka setengah kalau tak silap saya pada setiap rakaat. Kesian kat golongan emas taw wahai Imam. Saya tahulah anda fresh lepasan Sarjana Muda dari Universiti al-Azhar, Mesir. Tapi seeloknya bacalah dengan kadar yang bersesuaian dengan keupayaan peringkat umur makmum. Tak gitu Ustaz?? Lainlah kalau anda jadi imam surau di universiti. Semuanya golongan muda yang lutut masih kukuh dan bertenaga.


***


Ermm.. itu cerita semalam, cerita hari ini pulak lawak bertwitter dengan rerakan twitter sekalian. Banyak jugak input dapat bila bertweet dengan Ustaz Imam Muda Asyraf. Kalau dah follow Imam Muda, semestinya dapat baca dan ketahui pelbagai persoalan agama dan hukum-hakamnya.  Ada juga yang bertanya soalan-soalan yang tak berapa pelik tapi terlintas jugak di kepala, "eh, tak kan tak tahu kot!". Contohnya: Ada orang bertanya, boleh tak solat dengan kain telekung yang bukan berwarna putih. Of coz la boleh. Warna apa-apa pun boleh, asalkan menutup aurat.


Bila dah berada di bulan Ramadhan ni mesti banyak persoalan tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa. Untuk pengetahuan semua, kita belajar masa kecik-kecik dulu memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan itu boleh membatalkan puasa. Ya, betul tapi adakah kita betul-betul faham apakah istilah "memasukkan sesuatu" itu?? 


Di sini saya nak habaq kat hang pa semua, korek hidung dan korek telinga itu tidak membatalkan puasa taw. Alasannya: Memang kita memasukkan sesuatu ke dalam rongga, tapi istilah memasukkan sesuatu itu merujuk kepada "memberi tenaga/melemahkan tenaga". Contohnya kita memasukkan nasi ke dalam mulut. Nasi itu mempunyai karbohidrat dan karbohidrat itu adalah sumber tenaga. Maka, terbatallah puasa kita. Tetapi jikalau kita memasukkan jari ke dalam hidung, adakah tenaga kita akan bertambah atau berkurang?? Tidak bukan!! Sebarkan kepada kawan-kawan ek.


Sebenarnya sejak sekolah menengah lagi aku dah tahu perkara ni. Dan tiap-tiap tahun aku korek je hidung dan telinga time waktu siang bulan puasa. Tapi kat dalam bilik je lah. Nak korek kat luar takut timbul fitnah pulak. Nanti kalau ada apa-apa pertanyaan just tweet je kt IM Asyraf kt twitter dia. http://twitter.com/#!/imammudaasyraf. Bagi sesiapa yang nak follow twitter aku plak http://twitter.com/#!/WanZulqhairi (promote). Ngeh-ngeh..

p/s: Nanti tolonglah jangan tanya, Ustaz, boleh tak kalau solat pakai telekung warna biru hijau pink segala -__-" .


Update: Sebenarnya dah ramai Ustaz yang saya tanya. Bukan lepasan universiti kat Malaysia je. Universiti Madinah dan lain2 jugak. Ustaz yg saya tya bukan ambik kos perubatan/engineering. Tapi yang mengkaji Ilmu Hadis. 


Saya tak memaksa untuk pembaca semua percaya. Kalau anda semua was-was, tak perlulah nak ikut. Anggap saja ni pengetahuan baru. Bagus juga kekeliruan ini timbul, sekurang-kurangnya ada yang mengkaji. Tapi pastikan betul-betul mengkaji. Jangan cedok 100% dari internet dan berbahas. Kalau boleh bila rujuk buku tu, pastikan yang ada rujukan dari sumber yang sahih.  Terima kasih :)


21 comments:

  1. kt bilik memanglh bro...kt depan xberani ah nty orng dok kte lain sebb diorng tidak thu

    ReplyDelete
  2. luculah soklan pasai telekung tuh...ooo barulah tau, slama ni igt tak leh nak korek segala...huhu..paham sudh~~

    ReplyDelete
  3. http://jomfaham.blogspot.com/2011/07/hukum-korek-telinga-atau-hidung-ketika.html

    kt sini ade pendapat lain... so mane satu yg boleh digunapakai???

    ReplyDelete
  4. niceeeee, baru ku tahu.
    okay buat open public lepas ni :P

    ReplyDelete
  5. lagi info tentang korek telinga di SIHAT SELALU - Bahaya Korek Telinga

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Saya tidak setuju dengan post ni wahai saudara Islam.

    Kalau kita kaji al-Quran dan al-Hadis, dikatakan kita tidak patut memasukkan apa2 ke dalam rongga badan. Tak kisah lah ada karbohidrat ke, tenaga ke, bateri ke atau pun apa2 saja.

    Kalau nak ikut tuan punya blog, cuba fikir balik, apa benda yang boleh memberi tenaga melalui telinga? Boleh ke makan guna telinga? Kalau letak nasi dalam telinga baru batal puasa ke? Dan bukan telinga sahaja rongga-rongga badan kita. Hidung, Qubul, dubur dan mulut dan telinga adalah kesemuanya. Jadi kalau kita masukkan benda yang memberi tenaga kedalam salah satu "lubang" baru batal puasa? Apa motif letak karbohidrat ke dalam dubur?

    Saya bukan apa wahai tuan punya blog, saya cuma nak menasihati tuan supaya jangan terikut-ikut kata orang regardless dia study mana dulu dengan apa title dia. boleh sesat jadi kita semua.

    Saya harap encik wan zulqhairi membuat pembetulan kepada entry ini sebelum orang membuat lebih banyak spekulasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udara/Oksigen tu tak termasuk sekali ke dalam golongan "apa2 saja" tu?

      Delete
    2. Dalam pengkajian saya, yang memberi tenaga ialah melalui makan dan minum. Ini jelas termasuk dalam perkara2 yg membatalkan puasa, namun memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan, tidak ada sesuatu pun yg menyengenyangkan, namun tetap dianggap batal puasa, cuma jika taik hidung tu dah ada di depan gua hidung tu boleh dikuis keluar begitu juga telinga atas kepentingan menjaga kebersihan... Wallahu a'lam

      Delete
    3. Inilah yang dikatakan "mazhab google".. apa-apa pun boleh taip, asalkan "logik"..
      klau dah dah dari beribu tahun dulu orang dah larang, jgnla kita Islam lemah akhir zaman nie tiba2 nak keluarkan fatwa google versi sendiri.nak ubahkan ikut logik.. tq

      Delete
  7. semua hukum ttg batal puasa korek hidung bersangkut dgn mazahab yg di ikuti, memang tiada dalil yg khusus menyatakan ia batal puasa tetapi mazahab syafie telah menetapkan bahawa ia batal puasa

    dan saya setuju dgn wordstodevour

    kamu bersetubuh dgn isteri kamu dpt tenaga ke? kenapa boleh batal puasa sekira melakukan persetubuhan di siang hari dibulan puasa?

    * memang tak di nafikan ada sesetengah mazahab ia tidak batal..tapi tepuk dada tanya selera kamu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bersetubuh tu hal yang lain. Kalau kita tengok hukumannya pun dah berlainan dengan perkara yang membatalkan puasa yg lain. :)

      Delete
    2. Kalau bersetubuh tu, melemahkan tenaga.

      Delete
    3. bersetubuh tu memuaskan nafsu. tujuan berpuasa kan nak menahan nafsu.

      Delete
  8. Benda khilaf dan saya suka memilih pendapat yang sederhana kerana tiada dalil jelas masuk dalam rongga itu batal.

    ReplyDelete
  9. try bce ni plak...dy ckp mazhab syafie kira batal:

    http://jomfaham.blogspot.com/2011/07/hukum-korek-telinga-atau-hidung-ketika.html

    ReplyDelete
  10. Tak salah nak ikut mana2 mazhab,tetapi dgn syarat kena belajar sampai khatam mazhab yang nak diikuti bukan tebuk2 yang akal kita kata mudah,kalau tidak ulama2 dah buat dari dulu sdgkan mana2 ulama mazhab mereka juga belajar dan hafal mazhb yang lain,tetapi masih kekal dgn mazhab yg asal,tak susah pun nak ikut satu mazhab,cuma kita ni dlm hidup bab agama suka ambik yg mudah.maka itulah punca2 perpecahan umat..sdgkan ratusan tahun umat islam malaysia aman dgn satu mazhab

    ReplyDelete
  11. ulama smua mahzab ahlul sunah myatakan makruh shj..tk batal..yg batal melebihi had yg di tetapkan....jg terlalu mberatkan sesuatu pkara..

    ReplyDelete
  12. ulama smua mahzab ahlul sunah myatakan makruh shj..tk batal..yg batal melebihi had yg di tetapkan....jg terlalu mberatkan sesuatu pkara..

    ReplyDelete
  13. mengikut ustaz azhar tidak batal dengan syarat tidak melebih tulang hidung atau gegendang telinga.. jgn baca dari 1 sumber sahaja..http://myibrah.com/korek-hidung-semasa-berpuasa

    ReplyDelete