Wednesday, 13 July 2011

Salam 1wamozuwahaHENSEM

Assalamualaikum w.b.t. Salam 1WamozuwahaHensem. Maaf aku dah lama tak jot kat blog wamozuwaha ni. Akibat daripada kekangan capaian internet, aku tak dapat hapdet blog selalu. Tapi bukan bermakna aku bertapa di Gua Niah. Walaupun sudah sekian lama tidak bersosial di laman-laman sosial, tapi kat rumah aku sekarang dah jadi peminat tegar channel 391, KBS World. 

Weh, sesape yang sudi masuk blog aku tiap-tiap hari ni terima kasih aku nak ucapkan bebanyak. tak sangka plak even dah lama aku tak hapdet, ada jugak yang sudi menjenguk blog hensem aku nih. *feeling-feeling blog pames, walaupunnnn...* Aku sekarang rasa kekok plak tengok dashboard blogger ni. Rasa macam dah canggih gile plak. Dulu kampung style jer.. sekarang sudah berwajah baru. 

Aku baru lepas tengok trasformer 3D kt Alamanda tadi weh. Dah la duduk seat yang boleh dikatakan barisan hadapan jugak. Sakit mata tengok skrin panjang weh. Tak sempat nak tengok semua scene... Agak best jugaklah cerita dia. Tapi agak tertunggu-tunggu bila nak habis cerita ni. Mungkin lama sangat kot. Lambat sangat mau mati. Mula-mula tengok tak paham, kacau bilau la sket.

abaikan bagi yang tidak berkenaan.

Akhir kata, aku harap diri aku ni akan lebih tabah menghadapi liku-liku kehidupan yang bakal ku tempuhi kelak. :)


2 comments:

  1. internet punya pasal rupanya. terjawab laa persoalan apsal en que dah lama tak muncul kat blog. welkam back :-)

    ReplyDelete