Saturday, 30 July 2011

PUISI KEJUJURAN | Diilhamkan selepas mendapat rahsia penulisan dari ZahirilAdzim



Hari ini gua ber'mood' ingin berpuisi. Tadi ada tweet dengan Enchik Zahiril Adzim, aku tanya dia macamana nak hasilkan penulisan yang berkualiti, dia jawab ringkas tapi mendalam. KEJUJURAN. Tepat. Aku pun dapat rasa, aku tak ada jiwa dalam penulisan yang ada soul. Jiwang tidak, lawak pun tidak, serius apatah lagi. Sekadar biasa-biasa suam-suam kuku sahaja. Tidak mengapa, usah gusar, banyakkan membaca belog-belog underground yang berjiwa abstract. Practice make perfect. Lepas mengodek-godek beberapa buah belog, akhirnya aku pun sebok juga mau berilham. Nah, baca puisi pedas aku. Haha.. Ambil Iktibar.! Khas untuk tuan blog ini khasnya, pembaca blog ini amnya.


Cantik rupa tidak menjamin akhlak yang mulia.
Pendidikan tak tinggi tidak menjamin rezekinya tak mencurah.
Isteri yang bergetah tidak menjamin keluarga yang sakinah.
Suami yang six pack tak menjamin anak yang berderet-deret
Kecik-kecik pandai mengaji tak menjamin besar nanti jadi Qari.
Kecik-kecik suka mencuri tak menjamin besar nanti jadi perogol bersiri.

Anak yang cacat tak beerti membawa nasib malang.
Anak yang sihat tak beerti membawa kesenangan.
Kahwin di Siam tak beerti berakhir dengan penceraian.
Kahwin gaun berjuta tak beerti setia hingga ke syurga.

Ada kalanya pengangkut sampah lagi mulia dari professor yang cintakan dunia.
Niat mengatasi segala-galanya. Tapi cara tak bisa melangkaui batasan agama.
Berjuanglah demi agama dengan cara yang berhikmah.
Jangan sesekali menunding jari, jangan sesekali kau jadi batu api
Sebaiknya kau salahkan diri sendiri.

Belajarlah untuk redha.
Belajarlah untuk menerima kenyataan.
Belajarlah untuk bersyukur.
Belajarlah untuk memahami.
Belajarlah untuk lebih mengerti.

5 comments:

  1. yup..aku setuju dengan daim pasal kejujuran..kita kena tulis dari hati..huhu..

    aku pun masih nak belajar nak menulis dengan hati..

    ReplyDelete
  2. wahhhh blajo dari zahiril nampak..alhamdulillah...sendiri tak sangka yg dia pandai berpusi..

    ReplyDelete