Friday, 29 July 2011

Kenangan Berpuasa Edisi Lintang Pukang.

Assalamualaikum... Sempena nak menyambut bulan puasa ni kan, aku mau bercerita tentang peristiwa-peristiwa penting semasa bulan Ramadhan sepanjang hidup aku ni. Banyak jugak la peristiwa yang berlaku sampai semuanya aku dah hampir lupa. 

Masa kecik-kecik aku puasa kat rumah sampai darjah 6 je. Start dari form 1 sampai ke Univ aku tak sempat nak puasa 30 hari kat rumah. Aku dah buat-buat puasa penuh start dari prasekolah lagi.  Seingat aku masa darjah 3 je aku curi-curi minum dalam bilik air. Minum air mentah plak tu. *mana mau dapat air sirap tengahari buta???*  Hahaha.. Curi-curi minum time nak ambil wudhu'.

Masa duduk dekat sekolah menengah pulak, tiap-tiap petang aku akan ke bazaar Ramadhan. Beli apa ntah. Kalau tak silap aku suka beli bubur nasi. Lepas tu aku selalu suruh junior aku yang kaya, belanja aku makan ayam panggang. Sampai 4 kali jugaklah dia belanja. Hahahaha.. Bijak tak aku mengkikis??? OMG!. 

Bila masuk je matrik (KMPP), aku berbuka kat dalam bilik je. Sahur pulak makan nasi goreng. Solat terawikh kat dataran. Rasanya tak pernah kot pergi bazaar. Of kos malas nak pergi sebab beli makanan seciput ja pun. Kadang-kadang tak habis makan. Aku ni jenis yang tak suka beli lauk pauk banyak-banyak ataupun makanan sampingan. Kalau tengok bubur nasi je aku akan terpedaya nak beli. 

Kat universiti pulak, tahun pertama, aku berbuka sorang-sorang kat dalam bilik. Tahun kedua dan ketiga aku berbuka dengan kengkawan aku. Sahur plak kadang-kadang ada, kadang-kadang terlepas, kadang-kadang tak ada makanan nak sahur, kadang-kadang makanan ada tapi tak bangun sahur pulak.

Satu kenangan yang tak boleh aku lupakan adalah tentang ex-rumet kepada seorang hamba Allah (Mr. Y) ni tak puasa... Nak dijadikan cerita, si Y ni pergi ke kuliah. Bila dia balik je, rumet dia kelam kabut nak simpan pembakar roti. Then dia buat-buat tidur.

Bila je si Y masuk bilik, dia tengok pembakar roti dia berlumuran dengan jem kaya padahal malam tadi dia ingat dia dah bersihkan pembakar roti tu dan dia tak pernah bakar roti yang dah diletakkan kaya. Biasanya dia akan bakar roti dulu baru letak kaya. Roti dia pun of kos la dah nak habis. Terkejut jugak la si Y tu bila dia dapat tahu rumet dia tak puasa. Dah besar panjang tapi tak puasa.. Hurmmm..

Dengan itu aku nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Puasa jangan tak puasa. Beringatlah semasa berbelanja. Berbuka tu wat macam dinner je. Jangan dihimpun lunch+dinner+supper time nak berbuka. Membazir. Solat Terawikh jangan tak pergi pulak ek..

6 comments:

  1. Haha malulah dah besar tak puasa kwn si mr Y tu.. Selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  2. Sah-sah kat umh bdk yg ponteng pose tu xde pembakr roti.HAHAHA. slmt pose bro. :D

    ReplyDelete
  3. bijak mengikis ek? hahaha

    salam ramadhan bro

    ReplyDelete