Monday, 25 July 2011

Come On la... Orang lain pun minat bolasepak jugak!!!

Sangat tak patut kepada rakyat Malaysia yang sangat fanatik Bolasepak tapi tak bertempat. Orang lain pun fanatik jugak, tak ada lah pulak nak kondem atlet-atlet negara. Pleaselah orang-orang yang duk like page ini dengan orang yang buat page ni skali, patriotik lah sket. Apa kelayakan korang nak kutuk orang lain sampai macam ni sekali?? Belum tentu lagi korang akan berjaya kalau korang duk kat tempat dia. Korang rasa dia sengaja ke nak lepaskan bola???

Yang duk komen kat bawah ni bukan setakat lelaki, kaum wanita pun ada. Hebak sungguh kutukan diorang. Kalau setakat nak komen dan nak kritik aku tak kesah, yelah kita kan penonton of coz kita dapat detect kat mana kelemahan dan kekurangan player, tapi aku aku bengangnya bila page ini diwujudkan.!!

At least time lawan ngan Taiwan hari tu diorang dah bawa kemenangan kat Malaysia. Korang, hade??? 

Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bagi diorang semangat, bukan melemahkan semangat diorang. Dahlah time lawan ngn Arsenal, Liverpool dan Chelsea hari tu penuh satu stadium duk pakai jersey pihak lawan. Ape kes??? Tak bangga ke pakai jersey Malaysia?? 

Gerammmmmmmmmmmmmm... grrrrrrr... Suka sangatlah buat taik kat orang lain, orang buat taik kat korang baru tau...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Klik SINI untuk ke page langsung yang tak hade semangat kesukanan yang nasionalisme!!!! Pergi boleh, LIKE jangan... Aku sula laa sape yang duk gatal gi tekan like. 

"AKU MEMANG TAK RETI NAK MAIN BOLASEPAK,
DAN AKU PUN TAKDELAH KENAL SEMUA PLAYER MALAYSIA,
TAPI TAK BEERTI AKU BOLEH TENGOK KORANG KUTUK PLAYER NEGARA AKU,
TIME MENANG KORANG SANJUNG SIAP WAT WALLPAPER HP LAGI,
TIME KALAH KORANG KUTUK, KATA MACAM-MACAM SIAP BUAT PAGE KT FB"

Padahal, korang pun tak suka kalau ada kawan yang suka time korang menang je, then time korang kalah, kawan korang kutuk korang dan kata korang macam-macam..

6 comments:

  1. jilaka nama nya nih.
    dh la keeper terengganu nih.
    ishh.

    ReplyDelete
  2. orang2 macam ni biasanya yang membawa rebah apabila memberi sokongan..

    ReplyDelete
  3. mereka yang kutuk tu sebenarnya bangang bab bola sepak Mesia. sebelum ni tengok match kat Taiwan pakai mata ke pakai lutut? ke baru 1st time tengok bola.

    walaupun Sharbinie buat silap mase match ngan Singapore tapi kalau tak kerana hebatnya dia jaga gawang Mesia masa kat Taiwan kita dah lama bungkus.

    ReplyDelete
  4. tggulah Harimau Malaya bangkit di Stadium Bukit Jalil nanti~

    ReplyDelete
  5. gua tak dpt tgk depa lawan..
    sape lahanat yg buat page like shit tu..sengal betul..

    ReplyDelete