Sunday, 24 July 2011

8 CARA MENEGUR SAHABAT DENGAN LEBIH BERKESAN




#1 KETIAK BUSUK.
"Bro, nah aku tersalah beli deadorant rexona tadi, malas nak gi   tukar, ko ambik je lah. Aku tahu, ko lebih memerlukannya kan!"

#2 NAFAS BERBAU/MULUT BAU LONGKANG
"Hari ini aku rasa aku nak isi masa lapang bersama kamu wahai sahabat, apa kata kita pergi gosok gigi bersama-sama sambil menyanyikan lagu riang."

#3 KAKI BUSUK
"Sahabatku, tadi aku jumpa jentik-jentik di dalam kolam, boleh tak ko tolong rendamkan kaki ko kejap dalam kolam tu sebelum pihak berkuasa datang!!!"

#4 KAKI GOSIP
"Aku rasa aku nak terminate la broadband ni!." 
"Kenapa?"
"Sebab aku dah ada ko. Ko tahu tak, aku sangat-sangat menghargai ko, sahabatku. Kini kau bukan setakat seorang sahabat tapi dikaulah broadbandku, BBku, Wifiku, dan semestinya Internet bergerakku."

#5 KAKI KAROK
"Malam ni aku nak ko nyanyi lagi Ku Seru plak sebelum aku tidur taw. Aku nak sambung mimpi hantu yang malam tadi time ko nyanyi lagu Pulangkan. Bestnya tidur malam-malam. Advanture sangat!"

#6 KAKI PONTENG
"Nah surat, nanti ko tolong hantarkan kat pejabat pos. Lepas tu singgah jap kat supermarket beli ubat gigi ngan deadorant untuk aku. Jangan lupa plak bungkuskan aku Mee Goreng Ali Mamak dengan air tongkat ali lebih kurang manis. Aku nak gi kelas ni, nanti aku ambikkan nota untuk ko."

#7 KAKI LAMAN SOSIAL
A: C, susahnya nak jumpa ko sekarang!! Bizi ke?
C: Eh, mana ada bizi pun. Aku ada je.
A: Kat mana??
B: Kat twitter ngan fesbuklah, mana lagi!!.
C: >_<

#8 KAKI DRAMA KOREA

A: Hahahaha... gembiranya aku hari ini, tak ada sesape pun boleh tolong menggembirakan hati aku kecuali drama-drama Korea yang sangat best gilak. Coolnya..
B: Wekkkk *dalam hati*

2 saat kemudian...

A: Aishhhh... banyaknya kerja tak siap lagi... yang mana satu nak buat ni, B tolong aku.
B: Mintak je lah pertolongan pelakon-pelakon Korea tu. Noktah .




15 comments:

  1. idea untuk kaki ponteng tu paling menarik.. confirm lepa stu dia xmo ponteng dah.. HAHA

    MySuaraBlog: Asyik Gay Jer, Lesbian Mana?

    ReplyDelete
  2. erk.yang kaki korea tu terasa ok..hahaha..

    memang berhemah habis a.

    ReplyDelete
  3. HAHAHA. tol tu. minatk tlg pelakon korea ko tu. muahahaha

    ReplyDelete
  4. hehe..kelaka...nk tumpang gelak guling2 kat sini jap... ahaaaa :D

    ReplyDelete
  5. kaki ponteng the bomb yawww. nice entry :)

    ReplyDelete