Tuesday, 14 June 2011

Seorang ayah dan anak lelakinya.

macam biasa, gambar yang lari topik entri.

Ayah dan anak lelaki. Ramai tak ayah yang kurang rapat dengan anak lelaki mereka? Aku rasa mesti ramai. Yang rapat macam bestfriend pun mesti ada jugak kan. Konfem best gilerlah kalau kita ngan ayah kita bestfriend forever. Hahaha.. Nak mintak duit belanja pun senang je kan. :)

Tapi yang kurang rapat pun ada. Pada kebiasaannya anak lelaki lebih rapat dengan ibunya. Macam aku nih. Dulu time aku form 1 - form 5, ayah aku akan ambik aku kat asrama untuk balik rumah. So, dalam perjalanan tu tak akan ada perbualan yang rancak. Ayah aku tanya sepatah, aku jawab setengah patah je. Memang sunyi je dalam kereta. Kadang-kadang bila ayah aku tanya "ada duit ke tak??" aku akan jawab ada lagi walaupun pada hakikatnya dah tak ada duit.

So, terpaksalah aku inform kat mak aku supaya mak aku bagitau ayah aku yang aku ni tak ada duit. Tapi itu semua tak bermakna aku membenci ayah aku. Tak ada secalit pun perasaan benci itu. Tapi kalau tengok kawan-kawan lain yang rapat dengan ayah mereka, pernah juga terdetik dalam hati ini bertanya pada diri sendiri, kenapa ayah aku tak rapat ngan aku? Dia tak suka aku jadi anak dia ke? Dia malu ni jadi anak dia ke?. Hahaha.. macam-macam aku fikir time budak-budak dulu. Sekarang dah tak ada fikiran macam tu dah. Oleh yang demikian, aku akan berusaha untuk jadi bestfriend kepada anak aku kelak supaya mereka tak jadi macam aku nanti terpinga-pinga bila duk dalam kereta.

Kalau aku call kat rumah pun, then ayah aku angkat mesti dia tanya, "nak cakap nak Ma ke?", aku pun terus jawab ya. Hahaha.. Tapi bila aku nak mintak duit untuk bayar yuran study, aku call ayah aku then terus aku cakap "duit yuran RM *#@%.00 bla bla bla, " "ok, petang ni ayah masukkan" "assalamualaikum" "wsalam" Kejap je kan.

Kadang-kadang pernah juga berdebat dengan kawan aku, kenapa ayah aku macam tu, yakni tak rapat dengan anak-anak dia especially aku. Then kesimpulan dari perdebatan itu, tak semua ayah dalam dunia ni mempunyai perwatakan yang sama. Setiap dari mereka ada cara mereka tersendiri untuk menyayangi anak-anak mereka. Kasih sayang itu sangat subjektif dan kadang-kadang tidak dapat dilihat dari mata kasar. Kita perlu selami, fahami dan hayati dengan mata hati kita. Terima baik buruk dia sebagai ayah kita, mungkin dia tak pernah cakap dia sayang kita, atau peluk cium kita, tapi duit, tempat tinggal, makan minum sejak dari kecil sampai sekarang itu sudah melebihi dari segala-galanya untuk membuktikan kasih sayang mereka. 

Ada peristiwa yang paling aku terharu dengan ayah aku. Aku nak balik ke rumah dari asrama lepas kelas malam. Aku call ayah aku suruh ambik aku malam tu jugak. Bila ayah aku sampai je, aku tengok kereta remuk, cermin kereta pecah, kaca penuh dalam kereta, seat tepi penuh dengan kaca. Ayah aku cakap time drive, ada lembu datang langgar kereta. lembu tu mati kat tempat kejadian. Time tu aku rasa aku dah buat dosa besar. Kalaulah aku bersabar dan balik pada keesokan harinya. Tapi mulut aku sangat berat untuk cakap yang aku ni nak mintak maaf banyak-banyak sebab dah menyusahkan ayah aku. Time dalam kereta tu aku duk seat belakang sebab kat depan cermin dah pecah dan banyak kaca. Bila aku tengok ayah aku kat cermin, aku terus nangis. Tapi ayah aku tak tahu yang aku nangis sebab aku tahan esakkan. I'm so sorry... 

Apa yang penting, sayangilah mereka selagi masa masih ada. Bagi yang telah kehilangan bapa, sedekahkan doa supaya mereka tenang di sana. Untuk itu, jom kita menontoh drama korean, SINGLE DAD IN LOVE di www.maaduu.com .  Sekian sahaja :)



2 comments:

  1. ye benar tu, ayah ada cara tersendiri menyayangi anak2nya. hehe
    single dad in love tu best woo cerita dia. sedih tang part budak cute tu nak kena operate. Y___Y

    ReplyDelete