Monday, 13 June 2011

Perkara wajib yang ada dalam drama Korea.


  1. Bila ada benda nak bincang mesti diorang akan keluar ke restoran atau kedai-kedai makan kat tepi jalan. Jarang plak nampak diorang sembang dekat taman atau tepi tasik atau tepi bukit. Restoran pulak setiap kali pergi mesti restoran lain-lain. 
  2. Satu lagi tabiat drama diorang bila diorang nak marah atau mengamuk, dan ketika itu orang yang buatkan dia menyampah tu call diorang, apa lagi... konfem diorang akan buang bateri henfon. Aku rasa memang henfon kat Korea tu dibuat khas untuk senang cabut bateri.
  3. Kebanyakan lelaki dan perempuan yang akan bercinta mesti ada satu hari ataupun untuk keseluruhan cerita itu mereka akan duduk dalam satu rumah. Dan cinta itu akan bila mereka duduk dalam rumah itu. Dalam rumah pulak acara wajib adalah bergaduh, maki-maki segala.
  4. Kebiasaannya perempuan akan ada yang berpewatakan jahat nak berebut hero. Yang gua sakit hati kebanyakannya perempuan yang jahat ni lagi cun dari heroin. Lepas tu heroin ni pakaian diorang sememangnya tersangat lawak ala-ala nak buat watak chomel itu seperti membuat toncang senget.
  5. Dan yang aku paling tak tahan bila drama korea ni time diorang makan-makan kat rumah. Tak kira la family miskin atau kaya, kalau makan penuh lauk satu meja. Kecur air liur wehh...
harap-harap dalam pic ni tak ada pork -__-"


4 comments:

  1. kalau org malaysia plak musti lipat baju...kakkak, makan tu da ttu2 la kan..perasan tak klu tgk...

    ReplyDelete
  2. hahaha setuju dengan CIntaZulaikha..
    adengan lipat2 baju..

    suke yg nombor 5. terliur tengok

    ReplyDelete
  3. kalau msia mesti ada cerita koprat yang entah hapa2 entah..pas tu projek brjuta lion...

    ReplyDelete
  4. hahaha yg part makan tu xtahan.. miskin ke kaya ke.. mkan cnfirm bnyak..penuh stu meja.. mcm nk wt knduri je.. kecur liur tgk diorang mkan padahal xde la sedap mne pon..

    ReplyDelete