Friday, 17 June 2011

(PENTING!!!) Tawaran Melanjutkan Pelajaran kepada lepasan SPM.

Anda masih tak dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS???
usah gusar, saya ada jalan penyelesaiannya:

PROGRAM DIPLOMA PEMBANGUNAN MANUSIA (DPM)

Program Diploma Pembangunan Manusia (DPM) merupakan program kerjasama di antara Kolej Teknologi Timur (KTT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Program ini ditawarkan untuk menampung keperluan tenaga terlatih dalam bidang pembangunan manusia sebagai pengisian kepada matlamat pembangunan insan dan keluarga yang optimum.

SYARAT KEMASUKAN

SPM dengan 5 kredit:
- Bahasa Melayu, Matematik
DAN
-Salah satu (1) subjek berikut: (Fizik/Kimia/Biologi/Rampaian Sains/ Matematik Tambahan) dan 2 subjek lain
SERTA
-Lulus Bahasa Inggeris
ATAU
-Lulus SIjil Sains Komputer atau Sijil/Pra Diploma atau setara dari mana-mana IPTA/IPTS.

STRUKTUR KURSUS
Kursus ini dijalankan selama 3 tahun atau 6 semester.
- semua silibus dan modul daripada UPM.
- Diploma dan Konvokesyen dikurniakan oleh pihak UPM.

PROSPEK KERJAYA
- Graduan lepasan DPM mempunyai peluang kerja yang luas samada di sektor kerajaan mahupun swasta. Antara agensi yang menawarkan peluang kerjaya adalah seperti RTM, kementerian Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Kebajikan Masyarakat, JHEOA, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan banyak lagi.
SUBJEK:
-Pembangunan Individu Resilien
-Pengenalan Pengurusan Sumber
-Asas Kerja Sosial
- Psikologi Kerja
-Bimbingan dan Penasihatan
-Penelitian Sosial
-Masyarakat & Perubahan
-Teknologi Maklumat dalam Pembangunan Manusia
-Pembangunan Manusia
- Praktis Kerja Sosial di Malaysia
-Prinsip Asas Komunikasi
-Pemakanan dan Kesihatan
-Pengenalan kepada Multimedia


PENGAMBILAN PELAJAR: 
20 JUN 2011, 27 JUNE 2011, 4 JULY 2011

Kepada sesiapa yang berminat, sila hubungi:

Puan Wan Norhasila Binti Wan Hasan
Penyelaras Diploma Pembangunan Manusia
012-2275719


No comments:

Post a Comment