Thursday, 16 June 2011

Pekerja Paling bagus di Malaysia. *ngeh-ngeh-ngeh*


acara wajib di ofis

Ya Allah, aku ni punyalah boring kat ofis ni sampai tak tahu nak buat apa… Menghadap laptop ni sampai rasa nak tercabut bulu mata ori aku nih. Grrr… Please give me some work. Gunting-gunting kertas pun tak apa. Aku rela menggunting kertas daripada takada kerja langsung. 

Meja dah banyak kali cuci dan sental, laptop ni dah bersinar-sinar aku lap dah Nampak cam laptop baru keluar dari kilang lagi. Stok makanan dalam laci semua aku dah bedal sampai kekenyangan, air pun dah habis satu botol aku minum, sat lagi nak pergi refill balik. Boss, bagi lah anak buah kamu ni kerja. Please… *rayuan gedik*

Aku main sudoku sampai nak tercabut keypad. Minggu lepas main yang hard punya selama 15 minit, tapi sekarang dah boleh main 5 minit je dah siap yang paling susah. Yang paling senang 18 saat je. Pejam satu mata pun boleh buat dengan jaya dan cemerlangnya.

Nak tengok drama Korea takut kena soundlah pulak tak pasal-pasal kena gantung praktikal. Cepatlah berlalu dua minggu. Lepas habis praktikal aku mahu balik kampung sebab ada kenduri solat hajat untuk keberkatan kereta baru kakak aku.  

Kemudian, nak pi balik rumah dia kat Shah Alam, jadi baby sitter. Ngeh-ngeh ngeh… Sambil tu dapat gak la gaji walaupun seciput. Bolehlah saya spend untuk beli iPhone ataupun Blackberry.

Eh, nak beli yang mana ni??? iPhone atau BB??? Secara gediknya fikiran I sangat kusut sekarang ini.

OKlah, I mahu sambung main SODUKO. Doakan kejayaan aku untuk memecahkan rekod aku sendiri. :)


1 comment:

  1. hahhah..bulu mata palsu ke nyah hhahah....very the kan rajin tahap melampau..meja kat belakang tu bersepah p la tolong kemas

    ReplyDelete