Thursday, 23 June 2011

Memasak itu tidak wajib bagi isteri, tetapi bila disuruh suami, wajib si isteri memasak untuk suami.


Tadi aku terpandang seorang lelaki yang sedang menempuhi dugaan hidup. Mukanya pucat, lesu, gelisah, suram dan gundah gulana. Berhadapan dengan boss bersandarkan amanah memang amat memeritkan. Ada yang memahami, ada yang menghentam. Mesti rasa bengang kan. Tapi bila sabar menyaluti hati, semuanya boleh dikawal. Usah diturut bengang itu, sebaliknya terima sahaja kesalahan yang kita lakukan.

Belajar untuk bersabar. Tapi kadang kala bila kesabaran tidak lagi mampu untuk dikawal, pasti ada yang menjadi mangsa sumpah seranah, lempang dan sepak terajang. Ketika ini sememangnya diri kita telah dirasuk iblis yang dilaknat. 

Kalau adik beradik bergaduh, hubungan tali persaudaraan tetap akan ada. Tapi kalau suami isteri bergaduh, perkara yang paling aku takut untuk dengar adalah lafaz talak. Takut terkeluar dari mulut si suami yang sedang diuji kesabarannya. Ada ke suami isteri yang tidak pernah bertikam lidah? Tipulah kalau tak ada kan? Sememangnya lelaki dikurniakan sifat kesabarannya lagi tebal berbanding wanita.

Ya, kami (kaum lelaki) tahu, kami tidak dapat jadi seorang insan yang betul-betul sempurna. Sebagai isteri, sepatutnya kamu perlulah melengkapkan kekurangan suami. Bukannya mempertikaikan kekurangan kami, mengherdik kelemahan kami. Jangan hanya tahu senaraikan kelemahan kami, tapi lampirkan sekali dengan jalan penyelesaian. Sekurang-kurangnya ada usaha dari pihak isteri untuk membawa rumahtangga yang dibina menjadi keluarga yang sakinah.

Perkara yang aku paling perasan sekarang ini adalah tentang memasak. Ramai kaum wanita yang mahu membuat permohonan untuk tidak mahu memasak di rumah. Kalaulah mak aku tahu pasal fenomena ni, memang tak mahu buat menantu dah. Bukan nak berlagak, tapi ada satu benda yang aku nak kongsi kat kaum wanita yang tak pandai memasak.

Dulu masa mak kahwin dengan ayah, mak hanya tahu masak nasi je. Masa tu mak berumur dalam lingkungan belasan tahun. Tapi demi suami, mak aku berikhtiar untuk menghidangkan makanan untuk suami yang baru sahaja dinikahi. Mak buat keputusan untuk membeli barang-barang memasak seperti bawang, sayur, rempah ratus dan sebagainya lalu membawanya ke rumah kakaknya yang tidak jauh dari rumah.

Mak suruh kakak dia yang masakan lauk dan sayur yang mak beli tadi. Lebih kurang seminggu mak berguru dengan kakaknya, akhirnya mak dah boleh masak sendiri untuk ayah.

Semua wanita mempertikaikan bahawa memasak bukannya kewajiban dalam rumah tangga. Ya, tepat. Tapi bila suami suruh isterinya memasak, satu kewajiban bagi isteri untuk menurut perintah suami dengan syarat suami membekalkan semua barang dan ramuan untuk memasak.

So, memasak itu tidak wajib, tapi ikut perintah suami itu yang wajib. Oleh itu janganlah jadilah suami yang soleh dan isteri yang solehah. Pesanan ini khas untuk diri aku sendiri dan anda semua.




3 comments:

  1. ala..terasa sbb tak pandai masak lagi...
    nk share boleyh x?

    ReplyDelete
  2. Suka entri ni. Oke, pas ni kna rajin memasak. =P

    ReplyDelete
  3. sebab tu kena rajin masak dari sekarang hehehe :)

    ReplyDelete