Monday, 6 June 2011

Golongan yang layak mendapat ZAKAT:


1. Fakir. - Orang Islam yang tidak mempunyai harta hasil usaha (pekerjaan) yang halal dan layak dengannya untuk memenuhi keperluan dirinya dan tanggungannya termasuklah makanan, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain.

2. Miskin. - Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan orang tanggungannya.

3. Amil zakat. - Orang yang dilantik atau ditauliahkan oleh Sultan atau Naibnya untuk penyelenggaraan hal-hal zakat.

4.  Mualaf. - Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya).

5. Al-riqab. - Orang yang baru memeluk Islam iaitu "orang yang dijinakkan hatinya" dengan diberi bantuan supaya mereka teguh mencintai Islam.

6. Al-gharimin. - Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. Orang yang berjuang di jalan Allah. - (fi sabilillah). Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. Ibn sabil. - Orang Islam yang kehabisan perbelanjaan dalam perjalanan atau orang yang hendak memulakan perjalanan sedangkan ia tidak mempunyai belanja dengan syarat; ia mengembara dari negeri tempat tinggalnya dan pengembaraan diharuskan oleh syarak.

sumber: majalahSolusi

1 comment:

  1. tak silap aku, pelajar cam kita pon layak dapat. tapi ada kriteria lain kena tengok



    Maksud sebenar "Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"
    ► Play. ▌▌Pause.

    ReplyDelete