Sunday, 5 June 2011

Budak baik tertusuk duri di peha.


Sudah sampai Penang pada pukul 8.15 malam.
Baru balek dari berchuti selama 3 hari 3 malam.
Bercuti di kampung halaman. Tapi tak la cuti sangat.
Terperap dalam bilik sambil menonton Secret Garden.
Sampai terbawak-bawak dalam mimpi bagai.. Ish3x.. 
Padahal drama tu sangatlah tidak logik dek akal. 
Macam citer brain scan pun ado.. Hahaha..

Balik kampung kali ini sangat bertuah.
Dapat makan makanan fevret yang diidamkan sekian lama.
BUBUR LAMBUK. Korang jangan duk gelak kat aku ek.
Nak buat macamana aku dah suka makan makanan ni.
Tak kira la time puasa ke tak puasa aku, kalau aku nak makan mak aku wat kan je.

Balik kampung kali ni pi tolong bajakan anak pokok pisang ngan nangka.
Rumput dah panjang sampai tak nampak mana satu pokok nangka mana satu rumput.
Mujur aku pakai kasut boot yang panjang sampai ke lutut tu. *apa kaitan??*
Time berjalan rasa cam robot daa.. tapi kadang-kadang rasa cam kumpulan K-POP 2PM gak.
Disebabkan rumput terlalu panjang, dan ada jugak duri dalam semak itu, 
peha aku telah tercucuk duri. Sakit jugak laa sangat-sangat.. Dah pakai seluar panjang dah,
tapi duri tetap jua menusuk di kulit kakiku yang putih ini.. *ouchh*.. Hahaha..

Motif sangat buat entri cam geli menggoda cenggini?? OKLAH. BYE. *tak pi hospital pun*


1 comment: