Saturday, 18 June 2011

Bapa saudara (22 tahun) kalah bermain racing car PS2 dengan anak saudara (10 tahun).



Assalamualaikum. Aku nak cerita pasal computer game nih. Lawak weh kalau nak cerita pasal benda ni. Aku ni memang sangat orang yang buta pasal computer game. Bagi je game apa kat aku semua aku tak reti. Kecualilah game yang ala-ala skema cam chess, sudoku, kosa kata yang macam roda impian tuh, dan  who wants to be a millionaire. 

Memang kalau aku tengok kat facebook tu merlambak-lambak game online. Satu pun aku tak pernah main sebab aku memang tak reti nak main. Memang takkan dapat highscore. Kalau aku tengok kengkawan aku main farmville memang aku tak paham kenapalah diorng tu cam taksub sangat main benda tu weh sampai duk suruh kengkawan lain jadi neighbour.

Aku tak pernah pun accept request diorang. Yang aku memang terujakan, kanak-kanak zaman sekarang ni memang terror giler weh maen benda alah semua ni. Game yang aku tak boleh blah adalah game empire yang serang-serang tanah jajahan tu. Aku tengok anak sedara aku main cam best je, tapi satu pun aku tak paham.

Dulu time aku budak-budak dulu tak pernah ada pun mainan weh. Lori ke, kereta kebal ke, memang tak pernah ada. Yang aku ingat aku ada basikal je. Hahaha... Dulu mainan aku buku ngan pen je. *ceeewahh* 

Hari tu aku pernah main ngan anak saudara aku PS2. Dia nak main racing car weh, *ceh, nak lawan aku konon.. tak kan dapat nyer*, dan resultnya aku dapat tempat last.. T__T. Ngan computer pun aku kalah. Sobb, sob. sob.. Dan lepas peristiwa itu, aku akan main ngan dia game-game yang cam berfikir je.

Semalam main game monopoly kat henfon. Pastu kalah ngan henfon. Aku dah pilih pemain kat henfon tu easy dan medium, tup-tup yang easy tu menang. TIPU sangat henfon aku nih weh. Dia memang jeles ngan aku. Mana tak nye, 4 kali aku masuk penjara, tak sampai 1 round pun lepas keluar penjara then aku kena masuk balik. Keluar penjara kena plak kat tanah yang easy tu yang ada buat 4 buah rumah. MEMANG DEPA DENGKI KAT AKU LA.. 

Oleh yang demikian, jom

TakingITGlobal



1 comment: