Wednesday, 22 June 2011

AURORA ARUNA, kesinambungan daripada NORA ELENA. Penampilan istimewa Dato' Siti Nurhaliza.

Ibu mengandung dilarang membaca sinopsis cerita ini. Lepas pantang baru dibenarkan baca. 

Bukak blog itu, Nora Elena, bukan blog ini Nora Elena, bukak TV, Nora Elena, bukak twitter Nora Elena, bukak Facebook, Nora Elena. Tengok drama Stanza Cinta pun anak saudara aku tanya ni citer Nora Elena ke *sebab tengok muka Aaron Aziz* -__-“. 

Boringnya… Asyik Nora Elena je. Mujurlah bila bukak channel 391 KBS tak cakap pasal Nora Elena. “Kami nak Rita Rudaini!!!”, hatiku berbisik dan berharap agar pelakon yang cantik manis tu akan muncul lagi di layar TV3.

Ya, memang aku ikut drama Nurul Aliana "Nora Elena" ni. Memang drama ini merupakan sebuah drama yang amat bagus. Tapi hanya satu perkara je yang aku rasa tak sesuai untuk dipertontonkan adalah tentang ”seorang perogol yang diberi kemaafan dengan begitu senang”. Mungkin kalau nak garap balik aku nak Nora tu report kt polis pasal benda ni, then Seth tu masuk penjara kena sebat dan jugak kena hukum hudud segala. Demi cinta Seth terhadap Elena, dia sanggup untuk dihukum hududkan dan berazam untuk mencari Elena selepas selesai hukuman ke atasnya. Tetapi rupa-rupanya Elena dah berpindah ke Makkah *Aiyoyoyo.. tiru NurKasih la pulak*.

Semasa Seth masuk penjara, adik dia yang ganti tempat Seth kt syarikat. Eid pulak dah ditransfer balik ke Malaysia. Muncul pulak watak Aurora Aruna *lakonan Rita Rudaini* iaitu kawan rapat Eid semasa mereka di Qatar. Aurora rupa-rupanya sepupu Seth. Dia balik Malaysia ganti adik Seth yang kena balik Australia, mungkin dia nak sambung PhD. *betul ke dia duk Australia?, motif scene dia skejap je sebab byk kontroversi* .

Sampai kat M’sia baru Eid tahu yang Aurora ni sepupu Eid. Apa lagi… Eid pun melancarkan perang dunia ke – 102 dengan syarikat Seth yang Aurora ambil alih. Eid sekarang dah ada syarikat sendiri jugak. Dia ambik Yvone jadi pekerja kat syarikat selepas Yvone keluar penjara. Aurora pula tetap teguh bersama pekerja Seth yang setia iaitu Malek. *Time ni Malek dah naik pangkat*. Pompuan yang baru masuk kerja kat tempat Seth tu pun dah berhenti sebab nak kawin dan ikut suami pi Sabah. Suami dia cikgu Biologi kat Kundasang, Sabah.

Oleh yang demikian, bermulalah kisah Drama Slot Akasia terbaru… Aurora Aruna. Antara jalan cerita yang pasti akan membuatkan 23Juta rakyat Malaysia akan menonton drama terbaru ini adalah:-

  • Seth telah meninggal dunia akibat penyakit misteri. *atau korang nak buat Seth jadi hantu?*
  • Nora Elena kahwin dengan Aidil (lakonan Fizz Fairuz) tiba-tiba tergabung dengan drama Nur Kasih pulak. *gasaklah ko Nora Elena… dah sesat ke drama Nur Kasih musim ke 2*
  •  Zafuan seorang duda anak 2 (lakonan Aidil Zafuan) nak ngorat Aurora. Zafuan ni kerja sebagai Doktor kat tempat Nora bersalin hari tu, dia muncul dalam drama ni untuk kaji penyakit Seth dan tiba-tiba terjatuh hati dengan Aurora. *tak pasti lagi nak ambik sape pegang watak ni, korang nak tak Aidil Zafuan ni pegang watak ni atau ada pilihan lain?*
  •  Malek ada simpan perasaan kat adik Seth dan dia berenti kerja untuk sambung belajar sekali gus pergi mencari adik Seth iaitu cinta pertamanya di Australia.
  • Yvone dah insaf dan mendapat hidayah. Akhirnya dia kembali ke pangkal jalan dan bertudung Siti tapi kat dalam dia pakai skarf. Kadang-kadang dia pakai tudung cam Kak Pah. Dia nak berhenti kerja tapi Eid tak bagi. Lepas tu Eid pun melamar Yvone. Yvone tukar nama kepada Dora Yvona.

Ending cerita ni korang nak wat camne???
  1. Seth masih hidup. (bersambung drama Nora Elena Musim ke 3 a.k.a Aurora Aruna Musim ke 2)
  2. Seth meninggal dunia.
  3. Seth jadi hantu kum kum bersama Marsha Londoh dan Didie Alias.


Untuk undian, tapi SETH jawapan, 1/2/3 Hantar ke nombor Aaron Aziz.


Tiba-tiba Dato' Siti muncul dengan berpakaian di atas sebagai cameo untuk memulihkan hubungan Seth dan Nora Elena.
Tamat.

# jangan banned blog sayer..!! >_<




14 comments:

  1. HAHAHA...aku ingt cite btol! pndai je reka2..hahaha

    ReplyDelete
  2. bahahhaa...semua nk lelaki mcm seth tan..bermakna diorg nk lelaki tu rogol diorg.bahahaha

    saya juga peminat noraelena!!

    ReplyDelete
  3. dpt ilham ni dlm mimpi ke mcm mna ni..?

    ReplyDelete
  4. saya "respek" imaginasi anda!
    berjaya bawa saya baca sampai habis.

    Tahniah!

    ReplyDelete
  5. hahaha.. aduhai kompem jd fenomena nih~

    ReplyDelete
  6. tu dia...cerita bagai nak rak...nampak benor nipunye...

    hehe..tabik spring dgn cerita ni..dah mcm cerita indonesia yg leret panjang..

    peminat nora elena jugak!

    ReplyDelete
  7. Aduish..meleret-leret kalo buat citer sprti yg dicadangkan..HAha..

    ReplyDelete
  8. BHAAHAHAHA TERGELAK AKU!! best cerita ni! hhehehe

    ReplyDelete
  9. Baca cita ni xpsai ak senyum sorg2 dpn skrin hp ni...sopa org gila jak!hahahaahahakss!!!
    Tgk gak cita nora elena *suka+meluat* pn ada

    ReplyDelete