Monday, 30 May 2011

Tak perlu kot Iqa Mentor 5 nak salam dan cium tangan Edry.


Tahniah Erra & Salma mendapat gelaran Juara Mentor 5 dan masing-masing membawa pulang RM100,000.00 serta sebuah kereta untuk protege berserta trofi. Memang aku suka suaramu Salma sejak dari kamu nyanyi lagu Bertamu di Kalbu lagi. Aku juga tak sangka yang si Salma ni umur baru 21. Aku ni dah 22. Dia dah ada anak sorang. Shiha 24, manakala Iqa telah menjangkau 25. Aku kurang bersetuju pada Iqa yang berani mencium tangan Edry. Tak ada maknanya kalau dia cakap dia nak hormat Edry tu sebagai mentor dia ke hapa. Totally tak aku tak nak boleh terima. Walaupun sekadar bersalaman antara lelaki dengan perempuan yang bukan mahram pun sememangnya haram inikan pula bersalaman sambil bercium tangan. Ratnah ngan Afdlin aku tak perasan plak macamana.

Penangan Mentor 5 sangatlah hebat. Aceli bukan penangan mentor, penangan Salma je. Sebab aku tengok time Salma nyanyi je, orang lain nyanyi aku terus ngadap laptop. Memang rezeki Salma untuk menjadi juara. Sebab tu dia diberi peluang kedua untuk berentap di final dan perkara tu memanglah teramat memakan hati bagi Kak Pah dan Edry kann.. Huhu.. 

Tak sangka pulah Shiha dapat naib juara sebab suara dia yang macam ada something terlekat kat tekak tu membuatkan aku rasa nak korek tekak dia. Kalau dia buang benda tu mesti suara dia lagi best dari salma sebab suara dia lagi jelas. Tapi macam ada something yang halang suara dia dari all out kan..

Untuk Iqa pulak, aku lagi suka dia perform minggu lepas. Lagi all out dia punya suara. Tapi bagi aku dia should be dapat 2nd place kalau juri mengambil nilai dia dari 1st performance sampai final.

Punyalah aku ni nak sangat tengok mentor sehinggakan hari Sabtu dah mengadap depan TV sambil pegang remote tiba-tiba hairan kenapa pulak pukul 9pm Majalah 3??? Pikir punya pikir rupa-rupanya hari Ahad laaa.. Penangan demam teruk juga diambil kira. Tup-tup tengok AF konsert 8 ajelah. -__-"   Go Ogy go!!!

5 comments:

  1. hehe.. x tengok la... semangat tido sbb arini nak keje.. hik2..

    ReplyDelete
  2. rasanya kita serupa..ahahha..ingatkan dah konsert mentor, rupanya...hari sabtu daa..ahahhah...bab salam tangan tu, emm..no komen..tapi salma deserve for it kan..so , no doubt.hahaha....shiha?emm..banyak suara macam dia tu...rossa pun ada..kenal tak shiha b4 ni?penah nak try masuk af masa marsha n mawi masuk mlalui konsert brapa ntah..shiha pun ada sama..eheh!~

    ReplyDelete
  3. hehe kaloi tak pasan plak dye ciom tngn edry
    tp tawu dye salam laa

    ReplyDelete
  4. suka Shiha nyanyi walaupun tak all out sgt...Sebab Salma tu mcm menjerit, sungguh tak berkenan dengan org yg menjerit bukan menyanyi

    ReplyDelete
  5. Tahniah salma dan erra.:)

    ReplyDelete