Sunday, 22 May 2011

Petua nak jimat masa dan tenaga. Teknik terbaek. Anda patut mencuba!!

Hari ni aku nak ajar hang pa semua cara-cara nak jimatkan masa dan juga tenaga anda. Benda ni series boleh dipraktikkan dengan tidak perlu lagi diragui keberkesanannya. Sudah diperakui oleh owner blog wamozuwaha (sape iteww??) korang jangan risau, kalau korang praktikkan benda yang aku nak ajar ni konfem masa korang makin banyak dalam satu hari. Kalau korang tidur satu hari 12 jam pun korang still boleh lagi nak wat aktiviti-aktiviti lain cam daki gunung eberest, pi mandi kt lombong bijik cik timah, pi beli sarung bantal kat pavilion *sebab hari –hari tidur keluar air liuq basi yang sangat banyak smpai banjir*. Orang ke hapa kalau tidur sampai 12 jam tiap-tiap hari??  -_-"

Lepas bangun korang mesti nak mandi, buang air besar, gosok gigi dan syampoo segalakan?? Apa kata tak payah la nak buat satu-satu. Memang korang akan ambil masa yang lama di dalam jamban tiap-tiap hari kan. Oleh itu aku sarankan korang combinekan semuanya sekali. Contohnya, benda yang paling mudah adalah gosok gigi ngan buang air besar skali gus. Kalau nak syampoo skali lagi mantap. Huhuu… tapi risikonya kalau korang tu tengah sembelit jangan la sampai patah berus gigi tu. Kalau sedang syampoo time berak sembelit mesti kelumumur semua gugur, confem!

Lepas tu mesti la nak makan kann.. tapi kalau yang gila bapak rajin best student dapat anugerah dekan tiap-tiap hari kan dia mesti nak study dulu. Tapi hang pa sebagai pelajar yang lagi pintar dari diorang sebab korang dapat anugerah canselor terus, korang study la sambil makan. Bagi aku, tangan kiri pegang pen, tangan kanan masuk makanan dalam mulut. Teruja tak?? Kalau sesape nak advance lagi, wat sambil tgk movie. Yelah, mata tengok laptop, mulut makan, otak fikir. Jangan sampai tercekik tulang sudahhh..!

Bagi sesiapa yang rajin memasak kat dapur tu, korang boleh lagi wat benda lain time masak tu. Kalau berlatih vokal kat dapur tu cam dah biasakan! Antara benda lain yang lagi power yang boleh dilakukan  time memasak  adalah seperti  basuh kain, kemas-kemas rumah. Mop lantai, basuh segala pinggan mangkuk. Ala, macam yang selalu Mak kita buat. Time masak tu, jangan la duk masak satu jenis ja. Kalau dapur ada 10, 10 dapur  tu semua la hang pa guna untuk masak. Tak termasuk masak nasi kat periuk elektrik. Mak aku selalu wat macam tu. Kat rumah aku ada 4 dapur. Kadang-kadang mak aku guna 3 dapur wat masak. 1 masak sayur, 1 lauk, 1 lagi masaq ayaq. 1 lagi rosak tak keluaq api. Hahaha..

Tapi kadang-kadang kita tidak digalakkan buat banyak benda dalam satu masa sebab nak fokus satu satu. Tapi di zaman sekarang yang dah serba cepat dan pantas ni, kalau kita berkebolehan buat banyak benda dalam satu masa, apa salahnya kan. Biar cepat, asal selamat. Tapi kalau tak berkemampuan jangan paksa. Tapi boleh dilatih kalau kita selalu asah diri. Pastikan jangan jadi macam peribahasa ini, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.



p/s:: tadi tengok Mickey Mouse, tikus, anjing, itik sedang bercakap dengan fasihnya dalam bahasa Inggeris  dan berkawan suka ria. Tapi bila seekor kucing keluar dari tepi rumah sambil mengiau *tak pandai cakap English macam depa semua*, si Minnie tu pergi dan membelai kucing itu sambil berkata, ini kucing belaan saya.. Apakah???? Tikus bela kucing???


3 comments:

  1. memasak sambil buat 1001 benda tu mmg skil yg semua mak mak ada rasanya. sambil memasak leh selit selit kan ngan mandi kan anak anak pun tau, terror kan? heheh

    ReplyDelete
  2. nice entry :) huhu da mcm robot la jwpnye nti :)

    ReplyDelete
  3. petua di atas bakal tak menjadi kalau buat kat akak. takot jd kelam kabut sat nti~~

    ReplyDelete