Wednesday, 25 May 2011

Panduan untuk kamu yang sedang mencari pekerjaan.

ini bukan yang kat USM hari tu. Cari di enjin pencarian sahaja.

Baru tiga minggu aku berpraktikal. Dah banyak ilmu yang aku dapat dalam proses untuk latihan ini. Semalam aku beriya-iya mau ikut bos aku pergi USM untuk Job Fair. Aku jaga booth untuk Kilang praktikal aku. Ramai jugak yang hantar borang nak mintak kerja. Sangat ramai, seluruh universiti la aku rasa. Tapi of course la pelajar dari USM paling ramai yang datang walaupun dah ramai yang balik kampung sebab cuti. Tapi pihak universiti bagi penginapan secara percuma untuk mereka semua. Bagusnya...! Tak perlulah depa semua nak bayar RM4.00 untuk satu hari kan.

Memang ramai yang apply untuk kerja di kilang tempat aku praktikal tu. Maklumlah, kilang paling malatop kat Malaysia nih. Position yang diorang banyak applied adalah Prosess Engineer dan juga Admin HR. Lelaki dan perempuan memang kebanyakannya apply dua kerja ni. Tapi of course la perempuan yang lagi ramai yang apply. Dan, hanya jurusan yang berkaitan dengan pekerjaan sahaja akan diterima. Sebagai contoh, anda apply untuk jawatan Prosess Engineer, tapi anda dari jurusan Applied Physics, tapi alangkah tidak bernasib baik sebab diorang hanya menerima student yang ambil jurusan Engineering SAHAJA yang layak.

Tetapi, alangkah kasihan lagi bila mendengar boss aku cakap yang dia mahu ambik pekerja lelaki sahaja. Kesian budak-budak perempuan yang apply tu. Ramai kot.

Berdasarkan pengalaman aku yang tidak seberapa bersama boss-boss yang membuat pilihan untuk mengambil pekerja, ada beberapa tips penting untuk anda semua terutamanya kepada Diploma dengan Degree holder.

  1. Apply job yang berkaitan dengan jurusan degree/diploma korang. *terutamakan kepada pekerjaan yang melibatkan kepakaran seperti bidang engineering*
  2. Yakin dan bersemangat ketika ditemuduga. *banyakkan senyum dan jangan terlalu banyak bercakap yang berlebih-lebihan/terlampau show of*
  3. Expected salary semasa adalah: SPM/Sijil : RM800, Diploma: RM1300, Degree: RM2300.
  4. Jangan demand gaji banyak sangat kalau korang tu fresh graduate!!! Tapi kalau ada work experience boleh dipertimbangkan.
  5. Jaga penampilan. Pastikan letak gambar berukuran passport di borang yang korang isi mintak kerja tu. *kalau dia mintak lah*
  6. Bersungguh-sungguh semasa interview supaya diaorang rasa korang memang memerlukan kerja tu. Dan diorang pun yakin nak bagi job tu kat korang.
p/s:: Bila yang datang mintak kerja semuanya bersaing hebat, tapi masa interview anda yang paling smart dan bergaya, ITU SANGAT MEMBANTU!!!! SO JANGANLAH PERGI INTERVIEW TU PAKAI SELEKEH-SELEKEH. Lagi satu, letak gambar pada borang apply job tu gambar passpport yang paling hensem/smart/bergaya/cun/lawa. Ini pun membantu taw. Sekian, Terima kasih. :)


5 comments:

  1. wahhh. mcm ad diskriminasi pulak pd golongan perempuan. nyways, thnxs 4 da info..

    ReplyDelete
  2. mmg taley la aku nak apply. hoho

    ReplyDelete
  3. utk expected salary tu.....depends pada compny...klu apply kat compny established, bole la demand smpi rm2300..tp klu compny tu kecik, tak rmi staff sgt...exp. salary tu dlm rm1800 jek..

    ReplyDelete
  4. ooo...patutlah interview x dpt..huhu
    ~thnks for the infor ;D

    ReplyDelete