Thursday, 5 May 2011

komen untuk POSTER bagi FILEM tempatan.

Assalamualaikum. Alhamdulillah, tadi baru sahaja lepas paper ketiga "Optimization Method". Ada 3 paper lagi. Esok paper "Pengenalan Kepada Falsafah", lusa pulak "Bahasa Arab 1" dengan "Selected Topic in Numerical Analysis". Banyak hal juga dah disettlekan tadi di fakulti dan bahagian akademik UPM. Thesis sudah pun di submit kepada Pejabat Am Jabatan Matematik. Mujur tiada masalah untuk berjumpa dengan supervisor dan jugak second reader. Biasanya tak mendapat nasib yang begitu baik seperti hari ini. Lecturer kan busy je memanjang, so susah nak jumpa. Buku Log untuk Latihan Industri pun telah ambil dengan supervisor LI. Tadi pun dah bertentangan mata dengan supervisor Master Programme. Tapi tak lama sebab dia ada hal. Pergi jumpa untuk memperkenalkan diri, tapi dia cakap dia dah kenal aku. -__-" Huhu.. Kemudian ke Bahagian Akademik UPM untuk kira jumlah jam kredit dan isi borang untuk bergraduat. InsyaAllah, jika tiada apa-apa masalah aku bergraduat tahun 2011. Dan masa tu aku jugak sebagai pelajar Master...  InsyaAllah...

***

Cukup sekadar muqaddimah. Sebenarnya hari ni aku nak story pasal poster. Bukan poster yang aku buat, tapi poster movie/filem. Selain daripada trailer, poster juga memainkan peranan yang penting bagi menggambarkan genre  sesebuah filem. Di samping melihat para pelakon dan juga pengarah, serta penerbit, penonton seringkali juga menitik beratkan poster untuk menilai sesebuah filem sebelum menonton filem tersebut.

Sebagai contoh filem CUN!. Filem ini aku rasakan menarik untuk ditonton dan sarat dengan nilai-nilai murni tapi tidak mendapat sambutan hangat dalam kalangan penggemar-penggemar filem Melayu. Jujur aku katakan, poster filem ini sebenarnya tidak menggambarkan filem ini menarik untuk ditonton. Jika tagline tu tak ada, aku rasa mesti orang akan tertanya-tanya cerita ini pasal apa. Pasal kerbau ke? atau pasal perempuan-perempuan cun? Tajuk pun terlalu general.


Tapi bila kita lihat poster untuk filem PISAU CUKUR, korang mesti boleh baca macamana jalan cerita dia dengan background yang boleh menggambarkan macamana jalan cerita ni dan membuatkan orang mau tengok hasil dan apa kesudahan cerita ini. Kalau dari kategori keeksklusifan, memang filem PISAU CUKUR tidak boleh dinafikan lagi menampakkan filem ini sangat eksklusif kerana berlatar belakangkan perempuan yang moden dan settingnya di atas cruise. 


Tapi bila kita comparekan CUN! dengan MUKHSIN, Poster MUKHSIN lagi menarik dari mata aku walaupun latar belakang kedua-dua cerita ini mempunyai latar belakang yang sama. Segalanya nampak sangat saling menepati dari segi perwarnaan dan juga jenis tulisan yang digunakan.


Untuk filem yang berkonsepkan Islamik, aku lagi suka pewarnaannya cerah dan tidak menggunakan banyak elemen-elemen yang berbeza. Satu atau dua elemen sudah memadai. Tak perlu banyak benda yang perlu ditonjolkan. Hanya menggunakan simbolik untuk menggambarkan filem itu adalah filem berkisarkan keagaaman. Contohnya macam filem MUALLAF. Nice kan... Sangat menepati ciri-ciri islamik.


dan juga sebagai contoh filem dari negara jiran, Perempuan Berkalung Sorban.


Bagi filem NUR KASIH, walaupun filem ini aku rasakan tidak akan mempunyai masalah untuk menarik minat penonton untuk ke cinema untuk menonton filem ini, tapi bagi aku, poster filem ini masih tidak menggambarkan filem ini adalah sebuah filem yang berprestij dan bakal box office. Yang bahagian bawah poster tu dah cantik, tapi bila tengok tudung yang Tiz pakai tu berwarna ungu aku rasa sangat janggal dan tidak kena.Tapi aku tak pasti betul atau tidak poster di bawah ini adalah poster yang sebenar untuk filem NUR KASIH.


Untuk filem seram pula semestinya tema warna yang gelap akan diutamakan untuk membangkitkan mood seram. Tapi, satu lagi elemen yang perlu diutamakan adalah jenis tulisan. Kalau boleh tidak menggunakan tulisan yang berangkai dan terlalu biasa, tapi seeloknya menggunakan tulisan yang boleh membantu untuk menonjolkan keseraman sesebuah filem.

Sebagai contoh, filem KHURAFAT. Font yang digunakan bersesuaikan dengan tajuk filem itu sendiri iaitu dari perkataan arab dan mood seram itu ditonjolkan dengan pewarnaan font itu sendiri bersama efek api pada bawah font itu.


Manakala bagi filem SENJAKALA, aku pun tak pasti adalah tajuk untuk filem ini salah pilih ke tak. Mungkin lagi sesuai tajuk yang berkaitan dengan saka. Kalau kita lihat font untuk SENJAKALA itu nampak cam kureng sedikit. Mood tulisan tu macam sesuai untuk tema Makan Malam Rasmi sahaja dan tidak membantu menonjolkan mood seram. Aku rasa tulisan nama pelakon yang kecik tu lagi seram dari tulisan tajuk filem. 


Sekian sahaja untuk kali ini. Semua tulisan di atas adalah sekadar pendapat dari penulis blog ini.


1 comment: