Sunday, 22 May 2011

Kisah Hati Alyah Bikin Panas dan Kontroversi


Dah tengok video klip ini? Ramai orang cakap lagu ni best.  Yup, btol. Aku pun rasa lagu ni best. Video klip pun best jugak. Huhu. Video klip lain dari yang lain kan. Tambah-tambah lagi ada Remy Ishak. Lagi special kan bagi pompuan-pompuan yang minat kat mamat penang nih. *Dulu aku ingatkan dia ni dari India, sebab muka cam Hindustan kan… kalah Hritik Roshan*

Minggu lepas aku tengok Melodi jap kat TV3, ada gossip pasal Alyah yang dikatakan suka kat Remy Ishak. Haha.. Of koz la dia menafikan. Gila ko nak mengaku minat kat Remy Ishak? Tu la.. sape suruh wat video klip gersang camtu. Tak leh ke nak olah cara lain? Dua-dua Islam, duk di Negara Islam, tapi wat video tak nak kalah video orang Korea taw. Jangan nak cakap seni la kalau bergesel-gesel cam tu.!!!

Aku sokong memang video ni sangat cantik dah lagu ini sangat sedap, tapi kalau tak de scene gersang tu lagi elok. Dengan tangan si Remy tu berjalar-jalar. Hishh.. Tak kesah la kalau cakap aku ni kolot, tapi aku tetap tak suka. Dan bukan video ni je, video lain pun banyak jugak camni.

Tengok tak video Dato’ Siti Nurhaliza yang ada Nicholas Saputra dan jugak Rosyam Nor tu. Lagu Debaran Cinta dengan lagu Sebenar Cinta, tak de pun nak peluk-peluk, muka rapat-rapat segala. Kehendak  masing-masing la kan!!! Tepuk dahi tanya maruah duk kat mana.?!!


3 comments:

  1. meluat cek tgk video clip ni..grrrrr

    haha

    ReplyDelete
  2. nur syafiqah jealous ke...hehehehehe mesti minat dgn remy ni kan.


    http://jutawan-dinar-iraq.webs.com

    ReplyDelete