Tuesday, 17 May 2011

Kenapalah aku tak jadi guru, kalau tak, dah dapat sambut hari guru...



Selamat hari guru untuk semua guru-guru di Malaysia terutamanya kepada guru-guru yang telah mendidik aku dari sekolah rendah sehingga ke universiti. Especially kepada cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Kuala Kubang (1995-2001), Sekolah Menengah Imtiaz Besut (2002-2006), Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2007/08), dan Universiti Putra Malaysia (2008/09-2010/11). Jasa anda semua tetap saya akan ingat sampai bila-bila. Thank you so much. Dan tak lupa juga cikgu dalam keluarga saya, Kak Yah dan Kak La. Semoga dapat menjadi guru & pensyarah fevret selalu. Hahaha…

Dulu mak aku suruh aku masuk maktab untuk jadi cikgu. Tapi aku tak nak. Sebenarnya aku apply untuk masuk maktab, tapi aku tak dapat, ada juga rasa lega sebab tak dapat, then aku terus tak buat rayuan untuk masuk maktab tu lagi sebab dah dapat masuk matrikulasi. Lepas masuk matrikulasi, aku sekali lagi menolak untuk menjadi seorang guru. Dalam list borang UPU untuk ke universiti, tak ada walau satu pun jurusan pendidikan. Sebab masa tu kami ni tidak diberikan pendedahan sangat tentang jurusan pendidikan.

Lepas je masuk universiti, aku ditempatkan di kolej yang ramai giler ambil kos pendidikan. Ada pendidikan Matematik, pendidikan Fizik, pendidikan Sains Pertanian, pendidikan Sains Rumahtangga, pendidikan Kimia, pendidikan Bahasa Malaysia sbg Bahasa Pertama dan macam-macam lagi. Mulai saat itulah aku jadi jeles ngan diorang semua. Rasa rugi pulak tak apply ambil kos pendidikan. Bagi sesetengah orang, mereka beranggap, mengambil kos pendidikan adalah satu jalan penyelesaian untuk tidak menganggur dan mudah untuk mendapatkan kerja selepas bergraduat. Betul ke teori itu?

Aku pulak kenapa tak nak apply jadi cikgu dulu??? Aku pun tak tahu kenapa. Aku minat jadi cikgu, tapi lebih kepada lecturer dan bukan cikgu sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Mungkin satu lagi alasan aku adalah sebab aku nak sangat jadi Doktor dan tak mahu jadi cikgu, padahal tak dapat kos medic pun, then terus melencong untuk buat PhD sebab nak title Dr. sangat la mengejar title je aku ni. Itu dulu, sekarang dah tak lagi. Niat masa budak-budak yang belum matang memang macam-macam. Nak jadi prof sebab nak gaji tinggi riban-riban, padahal time tu tak tahu pun apa yang prof buat hari-hari. Sekarang baru tahu di samping dapat gaji yang banyak, mereka juga kena buat benda yang sangat lah susah. Research sana, research sini. fengsannn...

Kalau nak gaji lagi banyak baik korang bukak bisnes sendiri. Lagi banyak. Sebab dah jadi tokey kan…  oklah, cukup untuk itu. 

Hehe.. sekian sahaja untuk ucapan di hari guru. Maaf sebab terlewat wish satu hari. Hehehe… 


7 comments:

  1. kita semua adalah guru.. cuma beza formal atau tidak... kita adalah guru bagi adik-adik dan juga rakan

    ReplyDelete
  2. hehe..jadi guru bukan mudah...sebab nak didik manusia bukan senang...betul tak??=)

    ReplyDelete
  3. jadi cikgu, banyak gaji akhirat

    ReplyDelete
  4. aku pown tingin gak nak jadi cikgu tp apa boleh buat, aku x cukup power lagi untuk jadi cikgu.. huhu

    MySuaraBlog: Pilihan Lelaki : Wanita Bekerjaya atau Suri Rumah?

    ReplyDelete
  5. okay what jadi cikgu. if tanak jadi cikgu sekolah, then right after dgree boley terus further master then phd. so boley lah jadi lecturer. btw, jadi cikgu adalah sangat best because dapat satu hari yg betul2 diraikan untuk cikgu. manada selamat hari doctor kan3 ? hehe :D

    ReplyDelete
  6. habes tu, ko jadi ape skrg? I mean keje ape...

    ReplyDelete
  7. sy tgh konpius nak nk smbg degree tapi xtau nak amek ape, tapi family suruh jadi cikgu sbb senang dapat keje nanti..haishh..pening pikir psl benda ni

    ReplyDelete