Tuesday, 10 May 2011

Kekasihku yang Ku Sangkakan Mati Rupanya Belum Mati Lagi Sebab Hari Tu Aku Terjumpa Dia Di Mid Valley

Assalamulaikum semua. Maaf lama tidak menghapdet belog. Kebizian yang teramat sekarang ini. Almaklumlah aku dah start praktikal di Penang. Best jugak kot dapat rasa pengalaman bekerja. Besok hari ketiga aku praktikal. Setakat ini banyak pengalaman yang aku dapat. Aku praktikal di kilang textile. So, sedikit sebanyak aku tahu cara macamana mereka proseskan kain itu sebelum di jual dan dijahit serta dipasarkan. Besar woo mesin yang duk gulung kain tu. Memang teruja sangat weh. Dah la dapat boss yang sporting. Kaki jalan ja.. Hari hari duk pusing satu kilang.

Aku duk kat kilang depa tak bagi keja sangat. Bila bagi kerja aku memang excited gila la walaupun pi potostat ka, pi hantaq surat ka, pi key in attandance ka.. semua aku suka asalkan benda tu kerja. Dua hari kerja, dua-dua hari tersungkur di meja. Mengantuk beb. Tak tau nak buat apa! Kalau ada laptop ngan internet bleh gak gua berblogwalking bak kata akak aku.

Dua bulan aku praktikal ni, dah sah-sah kurang pi keluaq jenjalan. Biasanya hari-hari indah macam ni aku tertenggek kat kolej lagi. Kalau aku tak ambik Latihan Industri ni aku rasa cam nak duk kat kolej lagi until citer Nur Kasih keluaq. Nak jugak tengok keluaq ayaq mata ke tak tengok movie nih. Mesti syok kan.. Macamana la agaknya cerita dia. Setanding drama tak?? gua tak tau.. Weh, sapa mau ajak aku pi tengok citer Nur Kasih ni?? Aku kat penang ni.. Mai la ambik...

Memandangkan aku tak dapat tengok citer Nur Kasih the Movie, oleh itu, aku sekarang dah pandai tengok drama Melayu. Tadi tengok citer Asmara. Best gak weh citer dia. Jalan cerita yang menarik. Lepas tu tengok Nora Elena, Sahara, dan lain-lain lagi. Semua best kot. Dan yang penting, tajuknya semuanya nama orang. Huhu.. Kenapa la tak wat tajuk lain contohnya kalau citer Asmara, tajuk yang sesuai adalah:: "Kekasihku yang Ku Sangkakan Mati Rupanya Belum Mati Lagi Sebab Hari Tu Aku Terjumpa Dia Di Mid Valley." Barulah unik..


p/s:: mood menunggu series The Vampire Diaries habis loading.. tak sabaq nak tengok apa yang akan jadi kat Damon. Matikah dia lepas digigit Tyler a.k.a Warewolf... Awummm..



5 comments:

  1. Lalalalalalala~~blog walking kt blog yg da ame x update ni..(secret admirer)..hahahahah

    ReplyDelete
  2. membaca dgn penuh kesabaran dan ketawa yg berdekah2...kakkakkaka

    akak pon suka tgk asmara..hagak ok jugak laaaaaa~~

    ReplyDelete
  3. erghh kaloi tak penah lyn citer mlayu xtlly bfore ni
    skrang terpakse layan
    and dah terpakse duk kat tv jerk semate-mate nak tgk citer mlyu

    kisah kekasih yg mati idup blik kaloi layan ^__^ heheh

    ReplyDelete