Sunday, 1 May 2011

Designer Jalanan Mengadu Design ditolak mentah-mentah.!!

Al kisah nasib seorang designer kad jemputan untuk majlis makan malam rasmi yang bernasib malang. Dua hari lepas aku ni excited gile bukan main  bila orang suruh (Kakak Aku yang suruh WanShilaKLM) wat design kad jemputan. Sanggup nih buku tolak ke tepi walaupun subjek tu ala-ala kalau tak study memang kena ambik lagi la jawabnya. Tapi demi ingin melepaskan gian untuk membuat design dengan berkobar-kobar dan bersungguh-sungguh, maka aku pun sanggup ambil job ini secara free of charge dan aku telah mencetuskan satu design bertemakan Masquerade Night. Memang tema itu yang akak aku bagi pun. Oleh yang demikian, inilah hasilnya... Aku suka hitam dengan gold sebab nak sesuaikan dengan topeng kat sebelah tu. Walaupun tak de la secantik manapun aku pun hantar la jugak.



Tetapi alangkah sedihnya pabila design ini ditolak mentah-mentah -___-" sebab skop pewarnaan itu telah melampaui batasan. Ink hitam habis nak print kad ini. Sabar je lah bila bergelar designer kepada orang yang kedekut ink. Har har har.. Dengan rasa malas yang teramat sangat.. Tak sampai 20 minit aku menyiapkan design kat bawah ni. Main copy paste dari atas je. Tempek kat design baru. Masquerade tetap ada okeh. Google jew. Kalau yang ni pun tak leh nak print sebab takut ink habis gua sudah malas mau buat.. Lu orang buat dengan microsoft word saja laa.. guna paint pun bolehhh... haiyyyaaaa.. kedekut punya olang maaaa..!!!!



sekian sahaja luahan dari seorang designer jalanan dari program realiti tv buruk.

5 comments:

  1. bazer laa ink puteh pulak.. hahaha

    ReplyDelete
  2. aku boleh derma ink putih. nak? haha

    ReplyDelete
  3. haiyaa..byk kedekut ink..fotostat je la kalo cmtu..haha

    ReplyDelete
  4. aku suka yg 1st tu weh..huhu...ink itam kan murah dari berwarna...(kira nya ink hitam lagi murah dari putih..haha)..

    ReplyDelete
  5. yg hitam tu mmmg cantik, sayang laa tak dpt print, sian sian hehe

    ReplyDelete