Friday, 27 May 2011

Boon 2 = Buntu


Tahap untuk berblogging sudah rendah sekarang ini. Bukan passion ngak ada. Tapi kekangan wifi dan jugak masa. Tekak pun sedang keperitan dan amat pedih. Sakit tekak barangkali. Tak suka bila sakit tekak, sebab susah mau telan air liur. Bila telan air liur cam telan tulang ayam.

Tadi time kerja pun lemau je. Nak bercakap pun tak larat. Boss aku tu dah la suka cakap dan borak-borak ngan aku, aku ni pun terpaksalah melayan, last-last aku sumbat telinga aku dengan earphone. Banyak benda jugak aku buat tadi walaupun lemah tak bermaya satu badan.

Paling lawak, bila boss aku suruh tulis kat sampul surat tu nama salah sorang pekerja kt tempat aku kerja tu.

Aku: Surat ni nak bagi kat sape? Saya nak tulis nama siap-siap.
Boss: Owhh.. surat tu kena hantar kat Ms Boon.
Aku: *Dengan semangat aku menulis "MISBUN" dengan tulisan yang paling cantik dalam hidup aku.*
Boss: Laaa..awat ni... bukan MISBUN laaa... M.S  B.O.O.N!!!! Ms Boon, Chinese.
Aku: Laa..Awat tak cakap awal-awal Chinese...haiyyaa..

*Satu ofis gelak kat aku*



1 comment: