Wednesday, 27 April 2011

Pembongkaran Muslihat Freemason

Assalamualaikum..

Kamu semua dah tengok dokumentari The Arrivals? Pembongkaran isu freemason dan juga helah-helah yang telah dibuat oleh sekutunya. Sebenarnya video dokumentari ini sudah lama dibuat dalam tahun 2008. Aku je yang baru tengok. Banyak perkara yang aku dapat belajar bila tengok dokumentari ni. Banyak benda yang dikupas. Semua agama boleh tengok dokumentari ini. Lepas je tengok dokumentari ni, aku rasa aku dah tak boleh percayakan sesiapa kat dunia ni. Semuanya tipu dan telah ditipu. Semuanya adalah tipu helah dari Syaitan. Syaitan yang telah memanipulasi manusia.

Daripada sistem politik sampai ke sistem akademik, semuanya tak boleh dipercayai. Semuanya telah dirancang oleh orang-orang yang berkuasa. Kita semua jadi kabur. Semuanya dah jadi sebati dalam kehidupan kita. Kita memang terlalu ambil mudah sesuatu perkara yang kita anggap benda tu remeh. Contohnya bila kita tengok video klip Frozen dari Madonna.



Ada orang boleh cakap, ini hanya music video. Liriknya sesiapa pun boleh buat dan banyak maksud. Boleh tuju kat sesiapa sahaja. Tapi pernah tak kita teliti betul-betul dari segi lirik dan cara muzik video ini diterjemahkan dalam bentuk video. Dengan pakaian hitam, gagak, anjing yang menggambarkan kuasa hitam. Pihak yang menanyikan lagu ini merupakan wakil dari kuasa hitam kat dunia ini. Dengar sekali aku memang rasa lagu ini sangat sedap dan ada SOUL. Lagu ini memang first time aku dengar masa aku tengok The Arrivals (klik untuk ke blog thearrivals). 


p/s: video klip ini adalah salah satu pembongkaran dalam freemason.
Ini hanya 0.01 % dan selebihnya ada dalam The Arrivals.


1 comment:

  1. Aku pn dh tgk thearival...dri tnggkatan 3 aku dh x percya buku2 sejrah...byk yg tipu..dlm mlysia ni bersepah simbol freemason,yg pling ketara sunway pirmid.

    ReplyDelete