Thursday, 21 April 2011

Memori yang paling indah dalam hidup aku yang tak semua orang dapat rasa.

Assalamualaikum. Hari ni 21 April. lagi 5 hari untuk final exam. Minggu ni study week. Dan malam tadi adalah program terakhir kolej yang aku terlibat. "Watikah Perlantikan MTM Sesi 2011/2012". Bermula dari malam tadi, MTM 2010/2011 telahpun melabuhkan tirai. Untuk pengetahuan pembaca blog ini MTM tu adalah singkatan daripada Majlis Tertinggi Mahasiswa. Organisasi yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan program-program yang ada kat kolej kediaman.

Aku dah jadi MTM selama dua sesi, 2009/10 dan 2010/11. Setiap sesi berlainan cara dan halangan yang aku tempuhi. Kenangan tu memang tak dapatlah aku nak lupakan. Orang luar tengok memang mudah je kerja MTM sebab mereka tak rasa. Memang mudah diorang nak lepaskan kata-kata yang nak cakap kami ni ambik kesempatan kat duit pelajar laa, masuk MTM berseronok je, tak buat kerja, buat program ntah hapa-hapa, tak layak laa, dengki dengan jawatan kita, semua tomahan tu aku semua dah rasa. Tapi keperitan tu hanya kami je yang tahu. Kadang-kadang sampai kami post video kami buat lawatan kat facebook pun diorang cakap kami ni makan duit pelajar kolej pergi enjoy kat hotel bersuka ria. At last, aku suruh kawan aku tu delete semua gambar kami dan jugak video tu, then aku pesan dekat MTM baru supaya tak upload mana-mana gambar yg bersuka ria lagi.. #diorangMemangDengkiKatKami

Aku pun dah kebal dengan semua itu. Kalau dengar pun hanya tersenyum je. Kepada MTM baru, kalau anda ada masalah dengan kawan-kawan baik anda yang bukan MTM, itu pun aku dah rasa. Dulu masa kali pertama jadi MTM, aktiviti ngn kengkawan makin berkurangan. Tapi itu tak bermakna korang rasa rugi sebab jadi MTM. Tapi bagi aku, bila jadi MTM, hidup kita di universiti lagi berwarna-warni. Bukannya setakat dapat ke Mid Valley, Pavillion je duk kat universiti ni, tapi kita dah ke UMT, UMS, cari penajaan kat Putrajaya, Bangi, Serdang, pergi ke Kementerian Pelajaran Malaysia, pergi tempat pembelajaran Pendidikan Khas di Putrajaya, masa cari penajaan tu hujan lebat, habis baju basah, berkongsi payung, drive motor sama-sama, pastu sesat entah ke mana-mana, tidur kat masjid, berlapar sebab semua tak cukup duit nak makan kat restoran kat Putrajaya tu banyak lagi.. best sangat.

Bila dah jadi MTM ni, komunikasi pun jadi lebih yakin berdepan dengan orang ramai. Kalau nak pergi temuduga pun rasa dah tak takut-takut, rasa cam banyak benda nak cakap time interview. Kalau boleh nak explain panjang-panjang. Kalau aku ni sebagai ex-exco Sekretariat Teknologi Maklumat, aku rasa ilmu aku dalam multimedia OK laa dari dulu yang tak tahu apa-apa. At least sekarang aku dah tahu nak buat design, video, montaj, dan sedikit pasal fotografi dan benda-benda yang berkaitan dengan multimedia hardware dan software semua tu. Sampai ke hari ini aku dah buat lebih dari 10 video multimedia berbekalkan ilmu yang diajar oleh kengkawan yang tak sampai 15 minit. Aku sekarang dah pandai shooting video buat video pendek. Sebab tu aku mintak ayah aku belikan video cam, tapi tak sempat nak guna sebab dah rosak. TT__TT .

Memang takkan habis kalau nak bercerita pasal hal-hal ni. Tapi bagi aku, aku tak pernah menyesal jadi MTM walaupun kadang-kadang kita akan rasa tersisih dengan kawan-kawan yang bukan MTM, kadang-kadang bila kita tengok kawan-kawan study sama-sama, tapi kita pulak ada meeting, kita ada program yang kena handle, kita busy, tak cukup tidur sampai jadi musang dan panda, semua tu amat bermakna. Aku tahu, di sebalik kepayahan dan kesulitan ini pasti ada hikmah yang Allah nak bagi kat aku. Sebab tu aku cukup pantang bila ada MTM yang tak buat kerja, tak datang meeting, yang menyusahkan MTM lain, at least kalau tak nak tolong sekalipun, tapi jangan biarkan orang lain terpaksa buat kerja kita. Tak adil. Kita semua student, kita semua ada problem, kadang-kadang pernah juga rasa tak rela bila kita buat kerja orang, tapi orang yang sepatutnya duk keluar berjoli segala.. Kadang-kadang rasa macam aku tak halalkan masa yang aku korbankan ni disebabkan perangai bodoh korang. Tapi insyaAllah tak pernah terjadi kat kolej aku. Kolej lain kot. Tak pun universiti lain. :). 

Kepada MTM Sesi 2009/2010 dan 2010/2011 , I Love You guys... !!!

MTM 2009/10

MTM 2010/11

Sempat lagi nak promote kat bawah ni:-


3 comments:

  1. memori yang terindah terpahat didalam ingatan...

    ReplyDelete
  2. Semoga success selalu. Selamat ber Exam..:):)Baca doa dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sebelum menjawab soalan exam..
    Nenek Termuda Di Dunia

    ReplyDelete