Tuesday, 12 April 2011

Maya Karin mahu jumpa gua selepas mendapat tahu hari ini gua bernasib malang!!!

Pepagi lagi gua rasa hangin dengan perkhidmatan bas kat universiti gua ni. Haiyyaa.. Sabar je lah. Mujur gua dah bekfes makan sosej tadi. Kalau tak gua hempuk la kepala pak cik driver tu ngan sandle gua yang mak gua belikan ni. Mana tak nye, kelas gua pukul 11.00 pagi. Gua dah tunggu pukul 10.40 pagi depan library.

Tunggu punya tunggu punya tunggu... Tak ada satu pun bus yang menuju ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Tak pe gua sabar je. Then gua naik bus Kolej Serumpun yang nak pi ke Dewan Kuliah Akademik Pusat (DKAP). Rupa-rupanya bas tu ak berenti plak kt tempat tu. Jam dah pukul 11.15 dah.. Minggu lepas dah tak pi kelas ni.

Ermmm terpaksa laa gua menjelajah ke Kolej Serumpun dulu. Sampai kolej serumpun, gua kena turun bas dan naik bas yang dan penuh. Mujur tunggu kejap je then bas dah gerak. Time duk dalam bas tu, tiba-tiba ada sorang perempuan india ni pijak kaki gua dengan high heel dia... Homaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... Sakit giler.............. Rasa nak terkoyak kulit. Dengan gentlemannya gua cakap "It's ok!!!" sambil tersenyum lebaq.. Urghhhhhhh!!!!

Sekian sahaja nasib malang yang menimpa gua. Gua masuk kelas pukul 11.30 pagi. Mujuq ustazah gua sempoi.. Ni tengah hapdet blog dalam kelas Bahasa Arab la nih. 

Mengenangkan nasib gua hari ni, gua rasa cam nak pi tengok wayang cerita cun. Kenapa semua orang tak mau pi tengok cerita ni?? Pakat nak tunggu cerita yang didonlod. Padalah feelnya lain kalau tengok kat wayang. Tak kira, nak pi jugak walaupun sensorang...!!! Nak pi tengok Maya Karin!!! :)



4 comments:

  1. ubatkan kaki kene pijak dgn tgk Maya Karin.. terbaik lar..

    ReplyDelete
  2. ubatkan kaki kene pijak dgn tgk Maya Karin.. terbaik lar..

    ReplyDelete
  3. jom tgk sesama..tu la kwn2 kita pun xnak tgk nape tah..huhu

    meh sini: Besar Dahh Dia!!!

    ReplyDelete