Thursday, 28 April 2011

Kaabah - Cube - Cubic

Dalam hidup ni apa matlamat korang? Sejak kebelakangan ini aku asyik tanya benda ni je kat diri aku. Aku nak buat apa lepas ni? I mean lepas study ni. Ada orang nak kerja terus cari duit nak tolong family, adik-adik, parents, dan jugak ada yang nak simpan duit untuk beli kereta, rumah dan kahwin. 

Lepas ada kereta dan rumah, then kahwin, lepas tu dapat anak. Rutin kita just kerja, tambah anak, kerja. Boringnya. Kalau ada blog, boleh la wat gathering ngan blogger. *bukan pasal blog yang aku nak highlightkan kat entri ini* Kalau tak de kerja duk rumah jelah, tengok muka isteri dan anak-anak. Boringnya life camni. Masa sentiasa bergerak, tapi untuk family masa hanya terbuang macam tu je. Aku mau saat-saat dengan family tu semuanya berkualiti. Aku mau suasana yang produktif dan menjana kehidupan yang berkualiti pada agama dan dunia.

Persoalan yang selalu bermain di benak fikiranku ini adalah "apa yang akanku bekalkan kepada Isteri dan anak-anakku nanti?" Adakah sekadar harta dan kasih-sayang semata-mata? Aku mahu bekalkan mereka ilmu pengetahuan yang boleh menjaminkan mereka tidak tertipu dengan tipu helah dunia sekarang dan masa akan datang. 

Aku yakin, aku seharusnya mencari ilmu itu untuk diri aku dahulu. Masih tidak terlambat. Perkara yang paling susah dalam hidup adalah untuk membuat keputusan. Sangat susah. Sampai ke saat ini aku rasa aku selalu membuat keputusan yang salah. Tempat yang aku berada sekarang ini pun dari keputusan aku yang salah dulu. Tapi aku tidak rasakan ini adalah pembaziran sebab dalam kesilapan ini banyak yang telah aku pelajari dalam kehidupan. Bagi aku, orang yang tidak pernah buat salah adalah orang yang tidak pernah belajar sesuatu. 

Aku mahu pelajari sesuatu yang berguna dalam hidup aku sebagai seorang Genuine Muslim.


Korang tahu tak sumber tenaga yang paling kuat di dunia berpusat di Kaabah. Perkataan cube dan cubic dalam english tu berasal dari perkataan Kaabah,  *dalam BM pulak kubik / kiub*

p/s:: First gaji aku nak buat Umrah dengan Mak ngan Ayah aku. Insya Allah..
 i-phone ngan DSLR tu kemudianlah ye...


1 comment:

  1. gua percaya, sebab rumah ibadat memang ada aura

    ReplyDelete