Tuesday, 19 April 2011

Hoi, aku kembali menyemak di blog sendiri.

Assalamualaikum. Dah lama weh aku tak update blog. Apa habaq??? Aku sehat cuma tak cukup tidur ja. Malam tadi pi overnight yang sangat best bersama kengkawan. Hohoho.. Kami pi Bukit Ampang melihat permandangan di Kuala Lumpur. Pi tangkap-tangkap gambar guna DSLR kawan aku. Kemudian pi plak ke Kampung Baru, makan kat sana. Depa melantak nasi pagi-pagi buta membuatkan aku tak paham depa hidup macamana. So, aku buat keputusan untuk jenjalan je di sekitar Kg. Baru itu. Aku hanya makan bubur nasi a.k.a makanan orang berkhatan bak kata kakak aku Hahaha.. Dan akhirnya depa plak yang tak paham aku.



Kemudian pi Dataran Merdeka. Kat sini aku jadi photographer plak. Hambek gambar budak-budak ni dengan sesuka hati guna DSLR si Lokman tuh. Hahaah.. Aku tak ambek pon gambar dia. Last-last gambar aku plak yang tak hade.. Kemudian datang lah plak orang yang kurang siuman mai nak mintak sedekah ngan kami. Banyak kali plak tu nak mintak duit. Hahaha.. Asal dia datang je kami lari, then kami halau dia, then dia datang lagi.. last-last kami gerak ke KLCC.

Wooo.. di sini aku dah tak mau pegang kamera. Aku mau posing baek punyer plak. Hahaaha.. Okeh, posing hampir pengsan dan penat. Mujur tak kena tinggal ngan kengkawan wehh.. Aku saja je tak mau bagi depa posing sekali ngan aku sebab tak mau bagi gambar aku tu cacat. Hoho.. berlagak gila aku.. Tolong laa.. aku ni model tepi jalan ja.. Model di blog sendiri ja. Satu hari nanti aku nak tunjuk kat hang pa semua gambar aku ada kat billboard tu.. hahaah.. sanggup tengok???




4 comments: