Saturday, 16 April 2011

Cinta kena reject, cinta tak dilayan, cinta sorang-sorang, semuanya ada hikmah.

Cinta dan hati. Dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Bahagianya hati bila cinta terbalas. Terseksa hati bila bertepuk sebelah tangan. Terasa hampa bila cintamu tidak disambut dan luahan hati tak dihirau. Terasa ada harapan, tapi semuanya kosong. Lagi perit bila cinta itu tiga segi. Kamu cintai dia, tapi orang lain yang dia cintai. Kamu selalu tanyakan diri kamu. Tak sempurnakah kamu? Di mana cacat cela pada diri kamu? Apa lebihnya si dia? Pelbagai soalan dan persoalan bermain di fikiranmu. Hati mula tidak keruan dan tak dapat untuk melupakan dia walau sesaat. Makin lama makin kuat. Walaupun kamu sudah tahu jawapannya tidak. Walaupun kamu tahu bukan kamu menjadi pilihannya. Tapi kamu masih berharap. Ku tahu hatimu bernanah, namun senyumanmu terus terukir di muka. Kamu membiarkan hatimu ini lara sendiri. Kamu laluinya dengan penuh cekal. Semoga dirimu terus tabah.

Aku sendiri tidak mengerti, adakah kamu perlu pertahankan cinta kamu atau tidak. Tapi aku pelik, kenapa kamu membiarkan diri kamu itu terperangkap dalam cinta yang telah dimiliki. Aku pernah dengar Imam Muda Asyraf cakap yang merampas hak orang itu adalah berdosa. Tak kiralah awek, pakwe, tunang inikan pula isteri atau suami orang. Kalau ada cebisan cinta itu dalam diri kamu, aku harapkan kamu buanglah perasaan itu jauh-jauh. Jangan cuba kamu luahkan isi hatimu, nanti buruk padahnya. Itu bukan cinta yang suci, itu nafsu semata-mata. Usah kau turuti nafsumu itu. Nanti lagi ramai yang merana. Pengorbanan dalam percintaan itu adalah jalan yang terbaik.

Usah dilayan perasaan itu nanti mata akan berkaca dan bengkak. Tapi jika itu bisa mengubati lukamu, tangislah sepuas-puas hatimu. Tapi seeloknya titisan air matamu itu gugur di tikar sejadah. Gugur kerana mengenangkan dosa. Terimalah takdir Allah. Walau dia yang kamu cinta, tapi tidak tertulis untuk menjadi jodohmu, maka berserahlah. Sesungguhnya sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah yang Maha Esa. Bisikkan doamu kepada Penciptamu. Lontarkan hajatmu kepada yang Satu. Semoga cintamu itu adalah cinta sempurna yang datang dari Jodoh Allah. Kekal sepanjang hayat. Bahagia hingga ke syurga.

Melepaskan orang yang kamu cintai adalah satu pengorbanan suci yang telah kamu lakukan. Jangan fikir cinta kamu tidak dibalas. Percayalah cinta kamu yang sejati ada di luar sana. Cuma kamu masih belum temui lagi titik cinta itu. Bersabarlah. Bukan senang untuk kau cari calon ayah/ibu kepada anak-anakmu. 


Hanya satu pesanku. Usah kau hitung harta untuk memulakan bibit cinta. Usah kau tilik paras rupa untuk menerima cintanya. Pilihlah pada dasar agamanya. Keikhlasan menjadi tunjang utama. Bukan paksaan. Kerelaan itu adalah kebebasan untuk semua.

Dariku yang setia menjadi pendengarmu. 




5 comments:

  1. wow...tapi kenapa ada yg bermati matian kejar cinta yg sudah dimiliki? katanya bukan anak jantan la kalo pengecut..

    ReplyDelete