Saturday, 2 April 2011

Bukan entri simpati, tapi entri dari hati.

Sekali lagi aku mau highlightkan di sini. Ini bukan entri untuk orang simpati kan. Tapi ini entri dari hati. Hahaha. Korang pernah dengar tak orang yang ambik biasiswa PaMa?? Biasiswa Papa dan Mama. Dan semestinya budak-budak yang ambik biasiswa ini dah sah-sah bukan pemegang biasiswa JPA, KPM, Astro, Sukan, dan lain-lain lagi dan jugak yang tak ambik PTPTN. 

Eh, betul ke orang yang ambik biasiswa tu sangat KAYA-RAYA  sampai tak tahu nak letak harta dan duit diorang tu kat mana??? Hakk tuihhhh!!!. Banyak la korang nyer kekayaan tuh. Mungkin ada yang kaya raya, itu pun kalau diorang tu anak Tan Sri, Dato', Dr., dan anak menteri-menteri serta bangsawan dan panglima negara. Selain dari tu jangan harap lah..

Oleh itu, orang-orang yang tak ambik biasiswa dan PTPTN ni sebenarnya lagi miskin dan sesak dari korang yang ada PTPTN nih tau tak. Kalau korang yang dah ada PTPTN dan biasiswa ni pun tiap-tiap bulan call kat mak ayah mintak duit dan segala abang ngan kakak masukkan duit, habis tu yang tak ade biasiswa semua tu agak-agak macamana?? Of koz laa dari parents jugak kan tapi banyak mana je lah yang parents boleh bagi. Kalau yang ada PTPTN tu boleh jugak lah top up ngn duit PTPTN. Tapi yang tak ada ni, 100% guna duit parents. -_-"

Oleh itu tak heran lah kalau orang-orang golongan ini ada tabiat berikut :-

  • Ada stok meggi dalam bilik.
  • Makan sekali sehari dan konon-kononnya nak berdiet *hak tuihhh*
  • SMS je termampu, tak leh nak calling-calling. *nak misscall malu*
  • Memang serius tak leh sangat nak belanja kawan-kawan. *esp.: kawan-kawan perempuan, tolonglah jangan gunakan kegedikan/manja/pujuk rayu anda untuk suruh kami belanja. Kami ni tak keje lagi dan kalau kami tak belanja tolonglah jangan chop kami ni tak gentleman. Sebab kami tak sampai hati nak chop tu yang tak ladies..*
  • Tak suka dibelanja sebab takut nanti terkena turn untuk dibelanja balik. -_-"
  • Tak suka kalau ada orang sebut pasal dia ni banyak duit sebab biasiswa PaMa.
  • Shopping bila ada sale sahaja.
  • Kalau kawan-kawan ajak pi jalan-jalan selalu tolak.
  • Kalau kawan-kawan suruh beli benda tu la, benda ni la yang harga 49.90 pun memang tak dapat laa..
  • Kalau kawan-kawan atau sesiapa tanya, "Eh, ko ada duit tak??", kalau dia jawab ada bukan beerti dia nak berlagak kaya, tapi dari lubuk hatinya, dia tak nak menyusahkan kawan-kawan dia dan tak nak simpati dari kawan-kawan. *drama la plak kan*.
  • Kagum dengan kawan-kawan yang ada henpon canggih bagai dan ada broadband serta blacberry serta yang paling dengki habis yang ada DSLR. TT__TT.
Dan serius aku nak cakap, orang yang biasiswa persendirian bukannya banyak duit sangat pun. So, janganlah tersalah tafsir. Dan jangan tanya kenapa tak ambik PTPTN?? Entah aku pun tak tahu.. Duit... duit... jangan sampai mencuri sudah laa atau berniaga benda-benda haram... Jangan sama sekali. Bijak-bijaklah menguruskan kewangan anda yee.. *Pesanan Khidmat Masyarakat dari WAMOZUWAHA.*



2 comments:

  1. Wah3, berceramah sakan ko yer..
    Actually, org guna biasiswa PaMa, lbih pndai berjimat dari org yg dpat pnjaman @ biasiswa kn..kn..kn
    (halamak, terasa la cik KP..hehehe)

    ReplyDelete
  2. Point yg 3rd last ( barang rm49.90)tu sangat terpalit pada muka saya!! Huhuhu...

    Apa2x pun bersederhana sahaja lah que. Mana yg kita mampu kita belanja. Ada masa kena berjimat, ada masa kenalah belanja ikut kehendak dan kemampuan diri. Okey?

    P/s: sila hentikan ambil topup di mini market FAMA u tu.. hahaha

    ReplyDelete