Sunday, 13 March 2011

revolusi header WAMOZUWAHA

Hari ni aku nak cerita kat korang semua sejarah penciptaan header blog WAMOZUWAHA. Oleh kerana aku ni reti la sikit-sikit bab meranapkan adobe ni, aku pun try la buat sendiri. Semua header ni aku buat sendiri. Tak pernah suruh orang buat. Kalau suruh pun tak dak sape yang mahu buat!!! T__T. Masa mula-mula aku buat blog ni around tahun 2008 time tu tak dak la ramai macam sekarang orang yang ada blog. Boleh kira ngn jari ja sape yang ada header cantek giler. Aku time tu duk pikir macamana laa diorang wat benda ni?! So, aku dengan iri hatinya mereka header buruk di bawah ini dengan sendiri.


Ini yang mula-mula punyer header. Time ni tema warna oren. Aku tak tahu tumbuh-tumbuhan apa yang duk melekat kt dalam huruf O tuh. Muka budak mana ntah yang duk dalam gelung rotan tu. Nak termuntah aku tengok. Rambot dah la berbunga.. -_-" 


Sejurus selepas itu, aku pun buat la macam ni plak. Header ini pun aku tak tahu bermotifkan pasal apa. Maybe tumbuh-tumbuhan kot. Alam sekitar. Pastu ada menatang ape ntah kat bawah pokok ngah makan rumput tu. Maen rembat je wallpaper nih. hahaha..


Header ni paling aku suka. Time si Intan yang ambik gambar aku. Masa header ni jugak la aku rasa rating blog aku ni cam naek sket. Kalau dulu malap je. Time header ni jugak aku dinobatkan antara header yang tercantek dan dapat hadiah topup. Tapi sampai sekarang tak dapat lagi hadiah tuuu... T__T"


Header ni simple dan biasa-biasa je. Nak buat macam tema korporat tapi macam tak sesuai je dengan gaya penulisan blog aku ni. So, aku dengan serta merta mengubah header blog kepada.:-


Ini dia.. Yang ni muka aku tak dak. Ambik gambar dari font smiley ja. Yang ni pun tak menyerlah sangat sebab tak dak gambar tuan blog. Hahaha.. Tapi mata tu dah sama ngn mata aku nih. Hehehe.. Lepas tu tukar lagi...


Yang ni adaptasi dari yang atas. Cuma tukar warna merah dan bubuh gambaq model. Cehhhh.. Sekejap je aku guna sebab bosan dan tidak menarik perhatian. Akhirnya tukaq lagi.


Yang ni plak, aku suka sebab tak tao macamana aku boleh buat yang duduk atas tulisan tu. Hahaha.. Aku ni selalu buat tema alam sekitar kan. Hahah. Nature Lover okeh. Siap ada rama-rama lagi tuh... Kemudian masa cuti, aku duk rumah aku try la buat header baru lagi sebab dapat ilham kat majalah rapi.


Header ni pun tercetus. Tulisan tu aku dapat ilham dari majalah rapi. So, aku tiru la sebab rasa cam cantek. Tapi bila dijadikan header rasa cam biasa-biasa je. Gambar aku pun tak bleh blahhhh... Foyo sangat sambil pegang papan itam tuh.. cehh!!


Disebabkan ghairah melihat blog Cik Epal dan Mursyidin yang ada status twitter kat header, aku pun dengan gigihnya mencipta satu ruangan untuk tempat status twitter. Dah tercetuslah papan itam tu lagi.. Hahaha..Yang ni aku pun tak suka sangat sebab nampak cam seketul-seketul. 


Last sekali, baru semalam buat dengan kegigihan yang menebal, akhirnya tersiaplah ini. Suka dengan elemen sketch dan doodle dan kartun, so aku mencipta la header ini. Jangan tertipu, gamber kat belakang tu aku ambik dari google. Tak terdaya untuk aku lukis macam ni. Hahaha.. Depan burung tu pun ada status twitter jugak cuma tak buat kotak je. Tak mahu mencacatkan pemandangan background. heheh..

Sekian sahaja pembentangan saya pada hari ni, saya harap anda mendapat input yang berguna. Sebarang pertanyaan boleh lah post comment ye.. Terima kasih semua.. 

(10/10 ) - A+ 

17 comments:

  1. wah!! kreatifnya..

    paling suka yg menang header tercantik tu...cool jer!

    ReplyDelete
  2. tahniah Que..
    aku suka yang second tu,,lebih relax n cool, tenang nampak kehijauan,,,

    ReplyDelete
  3. gila byk header!!!!


    weh..nak 1 bleh???

    bleh laaaaaaaa....

    *wat muke comey*

    ak xde software nk edit2 nih..huhuhu

    teringin nk header transparent...
    wuuuaaaaaaaaa


    yg comey,
    YUKI

    ReplyDelete
  4. perghhh mane ko dapat semue idea2 ni??xnak buatkan aku punye ke????huhuhu

    kalo tak malas,singgah la laki lebih suke pompuan gebu/berisi

    ReplyDelete
  5. hmmmm...boleh ker tolong buatkan tuk Fadah header yang simple jer....

    ReplyDelete
  6. laa rasanya gambar ku suka gambo yg duduk tu nampak smart dr yang lain2..

    ReplyDelete
  7. pergh lawa siot header! buat la tutorial. hehe.

    ReplyDelete
  8. dah macam bole nampak perubahan wajah je dari perubahan header haha
    anyway last sekali paling chaiyaa
    tahniah

    ReplyDelete
  9. first header macam kiut.. lebih cool.. hahah
    btw header yang duduk atas tulisan tu comel lorh, haha

    ReplyDelete
  10. header tercantik yg atas kerusi merah tu.. cool!

    ReplyDelete
  11. mama paling suka header yang terbaru nih, very nice!

    ReplyDelete
  12. hahah! ape lagi...tuntut lah hadiah top up tu...

    ReplyDelete
  13. cantik header.ley buatkan tuk mirul 1 x ?

    ReplyDelete
  14. style kot header! klu nak tempah leh ke?

    ReplyDelete