Sunday, 6 March 2011

Menuju ke Gerbang Perkahwinan bersama IMAM MUDA * IM Azhar, IM Hizbur, IM Aran, IM Nuri.

Pada 6 Mac 2011 telah berlangsungnya satu ceramah agama yang bertajuk "Menuju ke Gerbang Perkahwinan" di Dewan Sri Pulasan Kolej Keenam, UPM tau. Banyak ilmu-ilmu yang telah dikongsikan oleh Imam-imam Muda bersama penonton-penonton yang telah datang. Aku pun pi jugak. Hari Khamis hari tu pi dengaq ceramah dari Imam Muda Asyraf kt Kolej Pendeta Za'ba, UPM yang bertajuk "Mari Mencari Cinta". Tadi Imam Muda Azhar jadi moderator Imam Muda Hizbur, Aran, Qhairi dan Nuri yang jadi ahli panel. Mantaplah diorang semua. Explaination tip top weh.. Especially Imam Muda Azhar ngn Imam Muda Hizbur. Walaupun yang sorang tu moderator tapi dia yang paling bersemangat bercakap. Hahaha.. Tau la anak pemidato.. Haha..

Banyak isu-isu yang dikupas oleh Imam-imam Muda. Apa itu perkahwinan, bagaimana nak luahkan perasaan cinta, macamana nak pilih pasangan yang sesuai, isu kahwin time blajaq ataupun kahwin muda, kenapa perlu berkahwin dan banyak lagi lah.. Rugilah kalau tak pi. hahaha.. Tadi dengar Imam Muda Aran bernasyid ngn menyanyi. Sorry tak sempat nak rakam. Haha.. best woo suara dia nyanyi lagu kalau berpacaran ngn lagi Maher Zain. Pastu Imam Muda Nuri nyanyi lagu dangdut. Lagu apa ntah tak tao..

Imam Muda Azhar tak sempat nak nyanyi takut tak de masa sebab dia yang paling banyak mengulas *padahal nak bagitau dia yang paling banyak cakap*. Tapi hujah dia la yang paling best dan hebat. Suppose bagi dia sorang je yang bercakap. Mike tak nak lepas tuuu. Berebut ngah Imam Muda lain.. Hahahaha.. *tipu ja*.

Kepada Imam Muda Asyraf yang tak dapat ikut, rugi btol la ustaz.. Haha.. Tanya la Imam Muda lain mesti best giler tadi jadi ahli panel kat Kolej Enam kan.. Kami ada sediakan kerusi siap ada kacang lagi. Boleh kudap-kudap time bagi ceramah. Tapi cendol tak ada lah. Sebab hari tu time IM Asyraf bagi ceramah kt Koleh Pendeta Za'aba, dia mintak cendol time ceramah ganti air mineral. Hahaha.. 

Pastu pi makan-makan ngn Imam Muda dan krew-krew program termasuk Mak Su *Kak Su* dan Mak Ding *Puding*. Hahaha.. Lepas ja makan teringat ada kupon refleksologi yang berharga RM5 tu belum guna lagi. Terus berlari-lari anak menuju kepada si tukang urut. Aku ni tak biasa diurut. Cuma mengurut ja pandai sket-sket. Hahaha.. *padahal urut hentam-hentam ja*

Dari kiri, IM Azhar,  IM Hizbur, IM Aran, IM Nuri. IM Nuri lambai kat sapa tu. tak silap aku yang duk belah tuu. Hahaha.. 


*Tadi saya baru ja pi cuci gigi kat Klinik gigi..* Ayat rekaan. Maap ya IM Azhar.. Melawak ja.. Kalau sesiapa yang nak nombor telefon IM Azhar, nah.. 019-4*@#$%^.  Haha..
Sesapa yang ada persoalan atau masalah boleh la tanya dia kat fesbuk.
Search: Khairul Azhar Ghazali, blog dia plak: http://khairulazharghazali.blogspot.com/
twitter: tak tao ade ke tak.. hahaha.. kalau twitter aku nih: http://twitter.com/#!/WanZulqhairi :) #Promote


Aliff, Zul, IM Qhairi *cehhh!! Imam Muda kat rumah je!*, IM Azhar, Najib, IM Hizbur, Epool *Si .... haha*, IM Nuri, IM Aran. IM Asyraf tak dak. Dia duk ngah cari IM musim kedua. Hari tu tak sempat nak ambik gambar ngn IM Asyraf, sempat salam ja.. :) 


Ngah feel refleksologi. Geli gelimat okeh.. Hahaha.. kat sebelah tu Si Puding, pengarah program! Nih blog dia: http://teratakcendana.blogspot.com/ . Yang duk tersengih tu Cik Hasfalini: http://hasfalini.blogspot.com/ . Tutup mulut sket.. nampak gigi tuh..


Abaikan 2 makhluk besar *antonim kepada makhluk halus*  kt tepi aku tuh.. 


Cantik dan kaki yang eksklusif. Penuh dengan nilai-nilai estetika. Kan.. 
15 Minit -RM5 , berbaloi-baloi..:)
SEKIAN. 
Pictures credit to Intan : http://mrdongandmissyaya.blogspot.com/

10 comments:

  1. thanks for the creditation..hahahahaha..
    lain kali tolong la promote saya walaupun blog saya x seBest abg Q

    ReplyDelete
  2. waaaa.. bagusnya...jelez2... ^^,

    ReplyDelete
  3. wahhhh.syok lah...teringin ank tgk drg wat ceramah..

    ReplyDelete
  4. nak no tepon IM Azhar. ade tak? haha

    ReplyDelete
  5. wah bestnya IM dtg kolej...
    IM Azhar tue org kg aku.. rumh dekt je dgn rumh dia... hehehe

    ReplyDelete
  6. wei.. takde rase macam nak tendang ke mamat2 yang urut kaki ko tu? kalo aku dah lame tersungkur mamat2 tu.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  7. yalah2
    sy cntik
    (ok..annoying..hehe)

    ReplyDelete
  8. Huhu...time aku kena balik umah ar baru ada mede2 best ni jadi kan~ ~_~ seday~

    ReplyDelete