Tuesday, 1 March 2011

Lakaran Magis Sandra Azwan

Selain daripada contest, ia juga merupakan sebuah coretan yang ikhlas dari gua!! nak join klik SINI



Sekali tengok macam budak tingkatan 5. Serius kan.*macam Akim AF pun ada sket-sket, lagi hensem dari Akim kot (puji lebih sket, hhehehe)* Dua kali tengok macam budak tingkatan 4 pulak. Hahaha... Tapi kalaulah korang boleh tengok hasil kerja tangan dan kreativitvi imaginasi beliau. Eh, memang boleh tengok lah.. Ni, klik kat sini; Life with Sandra. Hasil kerja dan kreativiti beliau sememangnya melangkaui orang yang superb dah.. Sebab dia sendiri pun memang dah tahap pro-superb dah..

Seriusly, aku memang fanatik gila dengan orang yang pandai melukis. Lebih-lebih lagi bila lukis terus guna marker pen dan tak payah nak sebok-sebok guna pensil then kalau silap, mulalah cari pemadam!!!!  -_-" . Sungguh memenatkan. Pastu bila time kaler mulalah tak cantik sebab duk bercampur dengan saki-baki pemadam tadi.. Haishhh!!


"Ha?? pemadam? apa benda tu?" kata Sandra *dia tak cakap pun, saje je aku yg buh dialog ni* Aku dapat rasakan dalam hidup Sandra ni, kreativiti dan idea itu sangatlah menjadi dua elemen yang sangat penting dan tunjang kepada kerjayanya. Kreativiti itu semestinya datang dari hati dan terus ke jari-jemari. Hanya gerakkan bebola pena, beliau terus dapat mencetuskan revolusi fashion yang dunia dahagakan. Beliau tak perlukan pemadam sebab kreativiti ini tak ada erti salah atau silap. Contengan itu adalah seni. Lakaran itu adalah alunan fesyen. Dan kreativiti hanya perlukan cetusan idea yang dapat menggambarkan subjektif itu melalui lakaran dakwat hitam dan juga beberapa titik warna.


Dengan lakaran dakwat hitam dan beberapa titik warna inilah mencetuskan Sandra untuk mengadaptasikannya dalam dunia realiti. Ia bagaikan sebuah perancangan yang sememangnya telah disusun rapi yang mana pewarnaannya diibaratkan sebuah disiplin dalam kehidupan realiti. Dan bila ia diterjemahkan dalam dunia fesyen, gabungan warna bebenang yang kita sarung itu juga berhak untuk memiliki pasangan warna yang sepadan untuk digayakan dalam kehidupan seharian. Disiplin bukan hanya dapat dirasa pada nilai. Tapi disiplin juga dapat diolah melalui cara kita menggayakan fesyen.


Inspirasi; Impian jadi Realiti. Dengan kata kunci ini kita dapat rasakan begitu hebat penangan sebuah lukisan dan lakaran. Inilah yang kita semua selalu sebut-sebutkan iaitu BAKAT semulajadi akan lagi terserlah jika kita menggunakannya dengan sebaik mungkin. Dato' Siti Nurhaliza dengan bakat suaranya, Tiz Zaqyah dengan bakat lakonannya, Erma Fatima dengan bakat pengarahnya, Raja Azura dan Pak Nil dengan bakat pengacaranya, Zizan dan Apek dengan bakat lawaknya, Adnan Abu Hasan dengan bakat muziknya, Habsah Hasan dengan bakat liriknya, P. Ramlee dengan bakat senimannya, Sudirman dengan bakat penghiburnya daaaannnnnnnnnnnnnnn Sandra Azwan dengan bakat Lakaran Magis nya!!!! 


Kalau ada Anugerah Pereka Paling Popular Berita Harian, seryesly I vote for Sandra Azwan!!! Kalaulah ada realiti TV seorang designer dah konpem-konpem jadi juara!!! Dan konpem-konpem jadi juara untuk undian dan jugak juri. 

Life with Sandra 2011

Header blog hasil dari lakaran tangan beliau. Superb bukan!!!! Gua salute laaaa.!! Tabik spring dua hari bebb!!!!!

*end of membebel*

18 comments:

  1. salam

    yes mmg saltude..
    apezs pon akan skong dia ni..

    ReplyDelete
  2. Salam....terpukau membaca penulisan anda! Terima kasih kerana sudi join...good luck!;-)

    ReplyDelete
  3. apezs shah :: haahah.. jom pakat sokong Sandra!!! mana lah tau nanti dpt jadik model dia..haha

    ReplyDelete
  4. SANDRA AZWAN :: hahaha.. ikhlas tu dowhhhh!!

    ReplyDelete
  5. budak ni memang kreatif la...

    ReplyDelete
  6. sandra mmg da bomb! awesome kan?
    good luck tu u. mama pon dah join gak :-)

    ReplyDelete
  7. rasenye macam pernah masuk je blog dia dulu...haha...=P

    ReplyDelete
  8. wah. dah tgk blog dia. aku dah feeling dekat karya blog dia

    ReplyDelete
  9. lukisan die sgt artistik.. aku pun kagum..

    ReplyDelete
  10. m. suke bace pnulisan dn tgk gmbr2 dlm blog awk. cntik!!

    :)

    ReplyDelete
  11. Mr feckry:: memang betol2 kreatif.. hahaah.. anugerah!

    ReplyDelete
  12. Mama Kembar 3:: agak2 kita menang x??? hahaha..

    ReplyDelete
  13. zaMir : jom masuk banyak kali lagi.. haha

    ReplyDelete
  14. Sasa Al-Sharif:: apa lagi.. join gak laa...huhu..mana lah tahu leh dpt header free..

    ReplyDelete
  15. Heidi Shafiq:: saya 2 kali kagum!!

    ReplyDelete
  16. NUR AIN AZMAN:: blog saya or blog sandra?? haha

    ReplyDelete
  17. stunning!!..
    giler kentang..
    lawa2...
    cun2...
    (penat nak puji..)

    ReplyDelete