Wednesday, 2 March 2011

Fazura sangat cantik. Cantik, Sweet dan Gojes!!!

    Gambar ni tak ade kaitan dengan entri. Hanya publisiti tuan blog yang gedik!

Hari isnin gua tido pukul 11.46 malam.
Kalau kawan-kawan gua tahu mesti diorang cakap aku ni tak remaja.
Macamana tak tidor awal, buat assignment Arabic sampai kepala tersengguk-sengguk.
Internet pun lembap macam kura-kura belajar berjalan.
Gua tido rasa macam lama, kemudian tersedar pukul 4.30 pagi.
Gua ingat pukul 8 pagi dah.
Lepas tersedar tu terus tak mengantuk.
Gua bangun, kemudian gua sambung buat assignment Arabic.
Buat dalam beberapa ayat. 
Bukak kamus, bukak google translate.
Subuh masuk, gua solat.
Lepas subuh gua sambung lagi.
Gua bertambah boring, so gua blogwalking.
So, gua update blog yang semalam.

Malam tadi gua tidur awal jugak.
Tapi lewat sikit dari semalam dalam pukul 12.30 mlm.
Masa gua nak tido tu lah banyak pulak orang nak sms ngn gua.
Mata plak belum nak terlelap.
Gua paksa jugak untuk tidur dengan azam gua nak bangun pkol 4.30 pagi lagi.
Akhirnya gua tertidur jugak tanpa mengira dari 1-10000. 
Dari kira 1-10000 baek gua berzikir, dapat jugak pahala.
Akhirnya pagi tu gua tersedar pukul 5.00 pagi.
Cantek lah tu kan..
Tapi pagi ni tak sesegar semalam.
Gua rasa ngantuk lagi, tapi gua gagahkan jugak buat assgnmnt Arab.
Google translate makin buatkan gua menyampah.
Entah betol entah tidak benda yang dia translate tuh.
Kamus gua ni kamus zaman kejatuhan Melayu Melaka lagi.
So, tulisan sangat klasik giler!
Akhirnya gua tak tahan sebab ngantuk sangat.
Lepas Subuh, gua shahid di katil empuk gua.
Sampai pukul 9.20 pagi gua tersedar.
Mujur kelas gua yang pukul 8.00 pagi tu batal.
So, gua bersiap ke kelas pukul 10.00 pagi.

Balik kelas gua terus tengok series The Vampires Diaries lagi.
So, sekarang gua nak teruskan perjuangan untuk assignment Arab gua.
Assignment Bahasa Arab tu mengalahkan assignment subjek Major gua weh.
Hahaha.. Assignment subjek Math tak ada lah macam ni punye banyak!! Huh!!

So, kesimpulannya adalah Fazura sangat cantik, sweet dan gojes! 
*Amacam? rasa cam nak bagi penampar tak ??*

11 comments:

  1. halameks...sguh tak leh tahan..kihkih

    ReplyDelete
  2. gua rasa fazura tu kembar lu...ha..ambik ko

    ReplyDelete
  3. rasa nak sepak...

    owh ya..yawning, sewing, swimming, archerin..hahaha

    ReplyDelete
  4. CintaZulaikha:: hensem sgt ke?? haha

    ReplyDelete
  5. Mr feckry :: Aku lagi macho dari dia kot. haha

    ReplyDelete
  6. Fazura sgt nice...ketemu sma dia twice... :-)

    ReplyDelete
  7. Yess, Fazura sangat chumell dan chanteh. Tapi dia tiada kaitan dengan entry ini atau entry sebelumnya. Aku rasa nak mem bako orang.

    ReplyDelete
  8. aku tengok cite HAQ ni tak best pun....haha! lagi xde kaitan....

    ReplyDelete
  9. hahahahha kuangajaq..hahahaha


    tapi trick ni menjadi..hahaa

    ReplyDelete