Wednesday, 16 March 2011

Design Tie yang Sangat Kreatif

Terlalu banyak majlis-majlis yang anda perlu hadir? Tidak tahu untuk menggayakan tie yang berkenaan dengan tema yang telah ditetapkan??? Usah risau, saya ada jalan penyelesaian. *watde promoter sangat!*

Jom tengok design-design tie yang sangat hebat dan cool dan yang pasti bukan pilihan aku!


Tie ni boleh digayakan ke majlis yang betemakan peperangan. Ala-ala World War la kiranya. Ia menampakkan anda yang berperwatakan perajurit. *bertahan sehingga ke titisan darah yang terakhir*



Tie ni korang perlu pakai bila lepas korang putus cinta. Lagi sesuai bila awek korang yang mintak putus. Bagi amaran kat awek korang. Berjalan depan dia sambil pegang tali yang korang akan guna nanti.



Yang ni sangat sesuai bila sesape yang nak belajar Adobe Photoshop tapi tak pernah reti-reti sampai ke hari ini. Macamananya nak reti, cakap je mau belajar tapi tak de usaha langsung nak explore sendiri. Tie ini sangat sesuai. Baik perempuan mahupun lelaki.



Tie ni sangat sesuai kepada orang-orang yang nyanyuk dan hilang ingatan tak ingat pendrive letak kat mana. Nak hambek ko, sebesar alam ko tempat simpan pendrive kt tie ni. Kalau hilang skali ngan tie-tie tak tahu la aku nak cakap apa. 



Yang ni sesuai dipakai oleh technician dan juga para pelajar jurusan engineering elektrik dan elektronik. Kalau student pertanian ngn SRT nak pakai pun boleh. Tie ni juga boleh berfungsi sebagai motheboard kepada laptop anda. *gila hebat penipu*



Bagi sesiapa yang ada masalah menaip dengan kelembapan yang tinggi, boleh la mengahafal turutan huruf kat keyboard dengan memakai tie ini. Kalau nak lagi canggih apply satu game hangman kat tie ni. Lam kelas takde la boring sangat sebab boleh main game hangman kt tie. *aku nak beli tie yang ada keyboard arabic.*



Gian nak main tetris? Guna lah tie ini untuk mengubat kerinduan anda terhadap game tetris Yang ni lagi syok main sebab besar giler gedabak hambek ko.. 



Tempat simpan henfon yang paling sesuai. boleh diapply oleh budak-budak sekolah rendah dan jugak menengah untuk sorokkan henfon. *cikgu, nanti check kat tie diorang ek*



Kelas membosankan? Jom main silang kat di tie. Kalau tak boleh jawab boleh suruh lecturer yang jawabkan untuk anda.




Sesape yang pakai tie ni boleh naik teksi secara percuma setiap hari. *Bestkan???* Kalau betul ada mesti tak ada orang yang tak mau beli dan semua pekerja teksi akan bawak beca.



Aku pun tak tao ape ke benda yang diorang design kt tie ni. Game sotong ke??



Tie ini tidak digalakkan dipakai ketika bulan ramadhan.



Jangan sesekali memakai tie ini di hadapan kanak-kanak riang.



Tie ini pun haram dipakai sebab macam arak je kan. ke minyak petrol?




Dua tie ini sangat cool bila digayakan oleh Ana Rafalli, Yuna dan juga orang-orang yang sama waktu dengannya.



Sesuai dipakai oleh pengembala biri-biri. Pastikan biri-biri yang hidup akan diletakkan gambarnya di tie ini. Kalau dah mati kena hitamkan.

6 comments:

  1. Ya Allah cantik10x!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    sngt2 cntik sume tie 2.. nak beli kat maner ek tie2 camnih?

    ReplyDelete
  2. wei Q bukan yg mati la kena hitam kan...yg tu mmng black sheep..kalo kambing tu beranak nak tambah kat mana? haaa

    ReplyDelete
  3. wahhh cantik !
    baru laa moden cengginih
    hehe lepas niee pengetua skolah puwn pkai tie cm gini

    ReplyDelete