Thursday, 24 March 2011

Dato' Siti bakal menggegarkan Dataran Merdeka hujung minggu ini.

Dato' Siti: Baru selesai latihan utk konsert Hmetro sabtu ni. 
Sebelum pulang sempat bgambar dgn seniman Dato Ahmad Jais

KUALA LUMPUR: Sambutan ulang tahun Harian Metro (HM) yang ke-20 hampir sampai ke kemuncaknya apabila akhbar nombor satu ini akan mengadakan karnival dan konsert besar-besaran pada 26 dan 27 Mac ini di Dataran Merdeka.

Antara tarikan utama adalah pameran, sukaneka, pertunjukan fesyen dan Konsert Terima Kasih Harian Metro yang akan dijayakan 13 artis popular tanah air termasuk Ella, Datuk Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, Azlan & Typewriter, Black, Stacy, Alyah, Datuk Ahmad Jais, Bunkface, Min Yasmin, Shahir selain gandingan Zizan dan Johan Raja lawak sebagai pengacara. Istimewanya konsert dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu adalah gandingan Ahmad Jais dan Bunkface menerusi lagu joget Umpan Jinak Di Air Tenang. Julung kali artis veteran itu berduet dengan kumpulan muzik dan bagi penyanyi yang sudah berusia 75 tahun ini, gandingan itu satu penghormatan kepadanya.


Menurut Ahmad Jais, selain berduet dengan Bunkface, dia juga akan menyanyi secara solo lagu Cenderawasih. Turut memeriahkan acara sambutan adalah penyertaan lima stesen radio tempatan, Hot FM, Era FM, Sinar FM, Suria FM dan KLFM yang akan turun padang di gerai masing-masing.



Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapa Omar, pada sidang media semalam berkata, konsert itu diadakan sebagai menghargai pembaca yang begitu setia dengan akhbar diterbitkan 20 tahun lalu dan kini menjadi akhbar nombor satu negara.

untuk berita penuh sila ke : SINI

p/s:: 26 dan 27 Mac saya ada finishing school anjuran UPM. 
                           27 Mac jugak ada  Anugerah Aspirasi Unggul (AURA) di UPM jugak.. 

2 comments: