Thursday, 17 March 2011

Cerita/drama Melayu ni kurang berilmiah.

Kenapa ramai rakyat di Malaysia meminati drama Korea dan Omputih berbanding drama Melayu? Termasuk aku dan kawan-kawanku serta kakakku dan abang iparku. Adakah drama Melayu kurang umphhh, ataupun kurang gah jalan ceritanya ataupun banyak scene clise ataupun kami sendiri yang tiada semangat kenegaraan dan nasionalisme?? Tapi, tak ada la semua drama Melayu macam ni tu. Ada jugak yang best-best. Macam Nur Kasih, Dan drama Korea pun tak semuanya best, ada jugak yang tak best. Cuma yang tak best tu tidaklah keluar di pasaran. Yang best-best je keluar di pasaran. Bagi pendapat aku jugak, kenapa sesetengah cerita/drama Melayu ini kurang mendapat sambutan oleh rakyat Malaysia adalah kerana:

Cerita/drama Melayu ni kurang berilmiah. 

Tak ada ciri-ciri yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan bila kita menonton. Boleh tak kalau kita masukkan sedikit elemen ilmiah dan pengetahuan am yg orang lain jarang tahu. Tak kiralah dalam bentuk sejarah, sains, atau matematik. Tapi tak ade la aku cakap drama Melayu ni totally tak berilmiah. Banyak ilmiahnya, cuma ilmiahnya terlalu fokuskan terhadap percintaan, persahabatan dan nilai-nilai murni. Itu bagus dan sangat bagus. Sesuai untuk kita aplikasikan pada kehidupan seharian kita. Tapi apa salahnya kalau kita selitkan pengetahuan tentang biologi/fizik/sejarah atau pasal ilmu-ilmu yang membuatkan orang dari bidang lain pun mendapat input tentang bidang lain. Contohnya bila seorang engineer tengok sesebuah cerita tentang kedoktoran, then kemudian lepas dia menonton cerita tu dia mendapat input pasal perubatan. 

Pernah tak tengok cerita Cinta Medik? Walaupun cerita ni tak sehebat cerita Iryu Team Medical Dragon dari Jepun, tapi at least dari cerita ni aku dapat ilmu iaitu tentang satu sindrom yang membuatkan seseorang ini tak boleh membaca dengan elok. Aku dah lupa nama sindrom tu. Tapi yang aku tahu seseorang tu akan tertukar huruf-huruf dalam ayat dan membuatkan mereka susah untuk membaca dan mengeja. 

Kalau cerita Iryu Team Medical Dragon dari Jepun ni plak, dia cerita segala struktur jantung dengan bypass nya, dengan uratnya, dengan darah dan macam-macam lagi. Serius sangat berkobar-kobar untuk jadi doktor kalau tengok cerita ini *tapi dah telambat sebab tak score kat matrik*. Kalau korang tengok cerita Personal Taste dari korea, walaupun cerita dia penuh dengan romantik, tapi ilmu arkitek yang dia nak sampaikan tu memang betul-betul sampai kat penonton. Kalau dari segi historical, aku suka National Treasure dan juga cerita Setem dari Afdlin Shauki. Kalau tengok cerita berunsurkan keagamaan iaitu Syurga Cinta plak aku suka tentang atuk tu cakap Jodoh yang mempunyai tiga jenis, jodoh dari Allah, jodoh dari jin dan jodoh dari manusia.

Kalau dari segi action atau cerita penyiasatan, seriusly cerita penyiasatan yang kita punya tak ada apa-apa pun yang dia siasat. Cuma mendapat maklumat secara tiba-tiba je. Kadang-kadang pasang spy la. Tapi lain untuk cerita omputih, diorang banyak buat cerita berdasarkan betul-betul punya penyiasatan. Ada yang sanggup ambik chewing gum untuk jadikan bahan bukti. Berusaha mencari cap jari. Walaupun kita tak ada teknologi secanggih itu, tapi kita fikir la cara lain. Citer CSI memang tak boleh disangkalkan lagi la kehebatan dia. Citer Numbers jugak serius hebat. Memartabatkan Matematik dalam penyiasatan. Kagum sekali melihat dia mencari lokasi pembunuhan hanya dari sekeping gambar dengan menggunakan nisbah jarak dalam gambar kepada jarak sebenar di tempat kejadian. hebat bukan.?!

Kalau nak ulas semua bagi sebulan pun tak cukup lagi.
*entri ini bukan untuk kondem, tapi just nak bagi pendapat untuk meningkatkan lagi industri perfileman negara :) !!!

saya akhiri presentation saya dengan ucapan sekian terima kasih.

*blom tengok lagi citer Hikayat Merong Mahawangsa. Nak tengok tapi tak ada masa.

9 comments:

  1. salam

    hehe sama-sama.. tetiba..
    ermm xberilmiah kan..
    xreti nak komen bab ni.

    ReplyDelete
  2. yeahh like ni statement

    mlyu perlu tingkatkan produktiviti
    cube wat mende yg berfaedah skit
    asyik citer hantu jerkk

    korea pnuh ngan citer aksi komedi rmntis yg sumenye superb k

    ReplyDelete
  3. btol la en wan ckp..nengok, en wan yg tak blajo screenplay pon leh cakap gaya gini..huuh.

    dlu time studi kat aswara, bebudak sinematografi dy kebanyakkannya hya nak cantekkan editing jek. tak pikir pasai jln citer.

    cu baya, apa guna gambo lawa, klu citer cam hampeh..huhu. tak tau nak kata apa!!

    ReplyDelete
  4. Mmg sgt setuju dgn abg Q.tu sbb intan jarang sgt tgk citer melayu...klu tgk cter jpun dorang sgt kreatif dlm myampaikan mesej2 yg berinfomasi..wah..mengamuk pihak industri perfileman..bukan nk ikut bulat2 criter luar negara..tp tgk cara mereka mnyampaikan crite..criter setem pun intan suke jugak, satu lagi mualaf..

    ReplyDelete
  5. PERSONAL TASTE? one of my fvrite. ilmu arkitek yg mengagumkan. Sangojae tu mmg diperincikan.

    ReplyDelete
  6. Yep, perlu perbaiki dan tingkatkan kualiti drama melayu...
    majukan industri perfileman untuk negara.

    ReplyDelete
  7. hurm betol tu. saya tak suka tgk crta hantu melayu, over sgt!

    ReplyDelete
  8. Aku memang skeptik bila cakap pasal cerita tempatan, tak kira le drama atau filem. Skrip, skrip, skrip, tu salah satu part kita masih lagi di takuk lama. Cuba bezakan cerita penyiasatan tempatan dengan CSI, The Shield, Criminal Minds, NCIS, etc. Jauh panggang dari api.

    ReplyDelete